web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Love Scam Mengganas, Wanita Berusia Perlu Waspada

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 9:18AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelicikan ahli sindiket ‘love scam’ yang seolah-olah menunjukkan empati tinggi dan sentiasa menggambarkan diri mereka sebagai seorang profesional dengan kewangan stabil antara faktor menyebabkan golongan wanita berusia ‘hanyut’ dalam alam percintaan dunia maya.

Bagaimanapun, ayat-ayat cinta yang diungkap hanyalah satu perangkap untuk mengaburi agenda sebenar ahli sindiket iaitu mengikis wang simpanan mangsa sebelum ditinggalkan.

Pakar kriminologi Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nazirah Hassan berkata, kajian terhadap kes ‘love scam’ mendapati wanita pertengahan usia paling berisiko menjadi mangsa sindiket.

Menurutnya, status kewangan yang stabil dan memiliki sejumlah wang simpanan yang banyak antara faktor golongan tersebut menjadi sasaran.

“Mangsa tidak memilih untuk diperdaya atau ditipu sebaliknya kelicikan scammer menyebabkan segelintir individu mudah terpedaya.

“Selain itu, janji manis seperti akan setia dan berkahwin serta kata pujian menyebabkan segelintir wanita mudah jatuh cinta dan percaya.

“Malah, kata-kata berunsur lebih ‘intim’ turut digunakan untuk mendorong segelintir wanita terus tertarik dan jatuh cinta,” katanya kepada Getaran.

Dr Nazirah Hassan
Dr Nazirah Hassan

Menurut beliau, kajian menunjukkan ‘a declaration of love’ atau perasaan sayang boleh wujud dalam tempoh seawal dua minggu dari tempoh perkenalan walaupun tidak pernah bersua secara fizikal.

“Tahap pendidikan dan kerjaya sebagai seorang profesional tidak menjanjikan seseorang individu itu terlepas daripada menjadi mangsa penipuan. 

“Kesunyian bukanlah faktor utama wanita menjadi mangsa penipuan dalam talian namun ia boleh mendorong wanita untuk menggunakan platform digital mencari kawan atau pasangan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nazirah berkata, bagi segelintir wanita, platform digital menjadi tempat yang efektif untuk mewujudkan ikatan emosi.

“Antara kelebihan platfrom digital ini adalah kerana ia memudahkan komunikasi, mewujudkan hubungan yang ‘fleksibel’ berikutan kesibukan bekerja, mengurangkan kebimbangan social judgement dan cinta ditolak,” katanya.

Kamal Afendi Hashim
Kamal Afendi Hashim

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Afendi Hashim berpendapat, faktor utama wanita berusia menjadi mangsa ‘love scam’ adalah disebabkan golongan tersebut menepati ‘piawaian’ sindiket.

“Golongan tersebut mempunyai kestabilan simpanan wang dan kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling, sekali gus mengganggu rantaian komunikasi berhubung kempen yang kerap dilaksanakan oleh pihak berwajib.

“Apabila seseorang itu terkeluar dari rantaian sosial, mereka menjadi sukar untuk dicapai sekali gus menyebabkan golongan tersebut ‘ketinggalan’ daripada kempen kesedaran yang dilaksanakan dan sebagainya,” katanya.

Justeru, beliau berkata, hebahan khusus harus dilaksanakan bagi memperluaskan lagi pendedahan terhadap bahana ‘love scam’ terutamanya kepada golongan berisiko supaya tidak lagi terpedaya.

“Sebagai contoh persatuan perbankan yang mempunyai hubungan komunikasi meluas dengan pelanggan boleh mengambil giliran dalam membuat hebahan berhubung isu penipuan dalam talian.

“Ia memperluaskan lagi ‘target audience’ berhubung isu tersebut sekali gus antara tanggungjawab sosial (CSR) yang baik untuk mereka,” katanya.

Baru-baru ini dalam tempoh 48 jam, media tempatan melaporkan dua kes penipuan ‘love scam’ yang menjadikan wanita berusia 40 dan 68 tahun mangsa dengan membabitkan kerugian lebih RM1 juta.

Di Taiping, Perak, seorang wanita berusia 68 tahun kerugian RM565,700 selepas ditipu seorang ‘doktor’ yang dikenalinya di Facebook sejak September tahun lalu.

Sementara itu di Johor, seorang wanita pekerja sektor swasta berputih mata seleps ditipu kekasih media sosial yang juga warga asing dikenalinya sebanyak RM500,000. - Getaran, 31 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar