web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bom Lama Dijumpai Di Kepong Tidak Lagi Aktif

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 8:49AM

Unit Pemusnah Bom mengesahkan bom lama jenis Mortar Practice 40 MM yang ditemui di Jalan Pusat Taman Kepong, semalam, tidak lagi aktif dan berbahaya. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebutir bom lama yang dijumpai orang awam ketika menjalankan kerja-kerja pembinaan di Jalan Taman Pusat Kepong, di sini tengah hari semalam, tidak lagi aktif dan berbahaya.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata perkara itu disahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam pada 12.30 tengah semalam, berkaitan penemuan objek dipercayai sebutir bom lama.

"Pegawai UPB mengesahkan objek yang ditemukan di dalam longkang itu adalah sebutir bom Mortar Practice 40 MM berwarna putih yang kebiasaannya digunakan dalam latihan ketenteraan, dipercayai ketika perang dunia kedua.

"Bom itu telah dibawa ke Cawangan Persenjataan IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Beh berkata orang ramai diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul menerusi talian 03-40482222 sekiranya menjumpai sebarang objek yang mencurigakan dan tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Orang ramai juga dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad