web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Rosli Antara 5 Dilantik Panel Pemantau Bebas SPRM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 5:28PM

Seramai 24 ahli badan bebas SPRM dari kalangan golongan profesional serta pakar pelbagai bidang menerima surat cara dan pelantikan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam individu termasuk bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham dilantik sebagai ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keenam-enam individu tersebut dilantik secara pentadbiran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula 1 April lalu sehingga 31 Mac 2024.

Jurucakap SPRM berkata, lima daripada mereka dilantik sebagai ahli Panel Penilaian Operasi (PPO) yang merupakan lantikan semula.

Menurutnya, seorang lagi dilantik sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) baharu bagi menggantikan seorang ahli panel bebas tersebut yang meletak jawatan Disember tahun lalu.

“Kesemua individu yang dilantik tersebut terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang untuk mewakili masyarakat bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM.

“Surat pelantikan PPO dan PPPR itu telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini,” katanya.

Menerusi pelantikan itu, jawatan pengerusi disandang Ahmad Rosli manakala lima yang lain adalah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat (ahli); bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Abdul Manap Dim (ahli).

Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Azimah Abd Hamid (ahli) dan bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Mazlan Ahmad (ahli).

Sementara itu, ahli PPPR yang baru dilantik adalah Naib Pengerusi Eksekutif, Malaysian Resources Corporation (MRCB), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (ahli). - Getaran, 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 34 minit yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad