Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Terkejut Lihat Bumbung Rumah Pusaka Diterbangkan Angin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 3:54PM

Md Razi Mt Isa menunjukkan keadaan rumahnya yang kehilangan bumbung akibat diterbangkan angin sejauh kira-kira 50 meter dalam kejadian ribut di Kampung Telaga Batu, Jitra semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Melihat kepada angin kencang yang membadai kira-kira jam 4petang semalam, seorang penduduk Kampung Telaga Batu di Mukim Naga, Jitra dekat sini, Md Razi Mt Isa bercadang untuk keluar dari rumahnya bagi melaungkan azan.

Namun belum sempat dia melakukan apa-apa, lelaki berusia 59 tahun itu terdengar bunyi seakan letupan sebelum bumbung rumah pusakanya, secara tiba-tiba ‘diangkat’, dan diterbangkan angin sejauh kira-kira 50 meter hingga tersadai di tengah-tengah jalan utama Sungai Korok menuju ke Jitra.

Menurutnya, dia terkejut dengan apa yang berlaku kerana insiden berkenaan berlaku cukup pantas.

Keadaan bumbung rumah pusaka Md Razi yang diterbangkan angin hingga ke jalan utama Sungai Korok menuju ke Jitra dalam kejadian ribut, petang semalam.
Keadaan bumbung rumah pusaka Md Razi yang diterbangkan angin hingga ke jalan utama Sungai Korok menuju ke Jitra dalam kejadian ribut, petang semalam.

“Hampir 30 tahun saya dan keluarga menetap di sini, inilah kali pertama kejadian seumpamanya berlaku. Ketika itu, hujan tidaklah lebat dan hanya rintik tetapi angin cukup kencang.

“Perasaan saya bersama 10 ahli keluarga yang lain sukar digambarkan. Selain bumbung rumah diterbangkan angin, pokok besar berhampiran jalan turut tumbang sekali gus mengheret tiang elektrik, tiang telefon serta wayar ke tanah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Dia yang bekerja sebagai pembantu am di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) menjangkakan, kerosakan dialami rumah dua tingkat tersebut mungkin mencecah hingga RM50,000.

Rumahnya merupakan antara 35 kediaman yang terjejas akibat ribut di daerah ini, semalam.

Sementara itu jiran Md Razi, Mohd Nazri Zainol berkata, ketika kejadian dia tidak berada di rumah kerana sedang mengerjakan sawah manakala isterinya pula membawa anak-anak ke tempat kerja di Tunjang.

Katanya, kira-kira jam 4.15 petang, dia menerima panggilan daripada rakan sekampung yang memaklumkan kawasan rumahnya dibadai ribut.

“Setibanya di kawasan ini, saya dapat menghidu bau hangit, mungkin akibat tiang elektrik yang tumbang. Apabila sampai ke rumah, didapati sebahagian bumbung sudah pun hilang.

“Hari ini saya mengambil inisiatif menutup bumbung rumah dengan menggunakan kanvas buat sementara. Bimbang juga jika cuaca kembali hujan sementara menanti bumbung rumah dibaiki,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Ab Aziz ketika dihubungi Getaran memaklumkan, kejadian angin dari barat serta barat laut yang mencecah antara 10 hingga 50 kilometer sejam menyebabkan berlakunya kejadian ribut di kawasan tertentu dalam negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Katanya, pergerakan angin yang laju itu mula direkodkan sejak 26 Mei lalu dan dijangka berakhir esok.

Penduduk Kampung Telaga Batu, Mohd Nazri Zainol menutup bumbung rumahnya dengan menggunakan plastik kanvas buat sementara waktu bagi berteduh dari hujan.
Penduduk Kampung Telaga Batu, Mohd Nazri Zainol menutup bumbung rumahnya dengan menggunakan plastik kanvas buat sementara waktu bagi berteduh dari hujan.

Begitu pun katanya, penduduk di negeri ini masih perlu mengambil sikap berhati-hati kerana angin barat serta barat daya pula dijangka bertiup bermula 1 Jun depan.

“Berikutan itu, beberapa kawasan di negeri ini dijangka mengalami hujan serta ribut petir untuk tempoh tujuh hari bermula 1 Jun.

“Kelajuan angin dijangka berkurangan berbanding sekarang namun semua pihak dinasihatkan agar sentiasa berwaspada,” katanya.

Selain Kubang Pasu, kejadian ribut turut dilaporkan di Jerlun, Langkawi, Yan dan Kota Setar dalam tempoh beberapa hari lalu yang turut mengakibatkan kerosakan rumah. - Getaran 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

"Buat Kerjalah Sanusi, Tak Perlu Sarkastik Sangat" - Mahdzir 

2

Jelajah 3 minggu yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

4

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Lihat Adik Terbakar Depan Mata Detik Hitam Buat Saya’ - Abang

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos

Luar Negara 18 jam yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Semasa 13 jam yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Semasa 11 jam yang lalu

Beras Yang Dibuang Di Temerloh Sudah Rosak – KPKM

oleh Fida Ruzki