web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MPV Terjunam Dalam Sungai, 7 Cedera, 2 Parah 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 2:09PM

7 orang cedera selepas sebuah MPV terjunam ke dalam sungai berhampiran Jalan Haji Abdul Manan, dekat Kapar, Klang, malam tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh cedera termasuk dua individu parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terjunam ke dalam sungai berhampiran Jalan Haji Abdul Manan dekat Kapar, Klang malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, lima daripada mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Hafis Shary Azrin, 13, Nik Zaiyuslinda Mustapha, 34, Nurul Fatin Nadiah Samsudin, 30, Roslah Ayob, 60 dan Ramdzan Jalaludin, 61.

Bagaimanapun difahamkan, dua lagi individu tidak dapat dikenalpasti setakat ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dua mangsa mengalami kecederaan parah akibat tersepit termasuk pemandu MPV, dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba bertugas.

7 mangsa terdiri daripada 5 wanita dan 2 lelaki berusia 13 hingga 61 tahun cedera selepas sebuah MPV terjunam ke dalam sungai sedalam 0.3 meter di Jalan Haji Abdul Manan dekat Kapar, Klang, malam tadi. - Gambar dari media sosial
7 mangsa terdiri daripada 5 wanita dan 2 lelaki berusia 13 hingga 61 tahun cedera selepas sebuah MPV terjunam ke dalam sungai sedalam 0.3 meter di Jalan Haji Abdul Manan dekat Kapar, Klang, malam tadi. - Gambar dari media sosial

Menurutnya, lima lagi mangsa dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

“Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.46 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah MPV dinaiki tujuh mangsa terdiri lima wanita dan dua lelaki berusia 13 hingga 61 tahun, yang terjunam ke dalam sungai sedalam 0.3 meter," katanya hari ini.

Norazam berkata, kesemua mangsa yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu kemudiannya dibantu pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – Getaran, 30 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja