web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saifuddin Ucap Tahniah Pada Rafizi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 9:47PM

Saifuddin Nasution - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun keputusan rasmi belum dimuktamadkan, calon Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah ‘berjabat tangan’ mengucapkan tahniah kepada lawannya untuk jawatan itu, Rafizi Ramli.

Beliau turut melahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang memenangi kerusi Ketua Cabang PKR kawasan itu; calon Naib Presiden, Chang Li Kang dan beberapa pemenang pemilihan parti berkenaan.

“Jawatankuasa Pemilihan Parti sudah paparkan keputusan pemilihan pada hari ini.

“Biarpun belum dikira keputusan rasmi, namun saya sudah mengutus ucap tahniah kepada Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Chang Li Kang dan lain-lain pemenang.

“Syabas juga diucapkan kepada semua yang terpilih Ketua Cabang, AMK (Angkatan Muda Keadilan) dan Wanita Cabang dan Jawatankuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Saifuddin Nasution berkata, beliau berpegang kepada sikap yang mudah dan jelas, iaitu menghormati keputusan dibuat anggota parti.

Katanya, amalan demokrasi menentukan ada calon terpilih dan terdapat pula tidak dipilih.

Justeru, beliau berkata, silaturrahim tidak patut sesekali ‘dicarikkan’, malah perpaduan sesama anggota parti harus sentiasa dijaga untuk terus memperkuatkan PKR.

“Tugas saya masih tertumpu penganjuran Kongres Nasional pada Jun ini. Kongres masih perlu berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan sesuai Akta Pertubuhan 1966.

“Sekitar 3,000 perwakilan akan memilih 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat. Selesai proses ini Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden akan mempunyai satu barisan kepimpinan lengkap. Tugas saya bernoktah di situ.

“Tugas seterusnya, kepimpinan baharu mempersiap parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Syabas dan tahniah buat semua!,” katanya.

Rafizi memperoleh undi terkumpul sebanyak 66,359 setakat jam 9 malam ini, selepas menang di Selangor, Melaka, Kelantan, Johor, Pahang, Kedah dan Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan dan Terengganu.

Saifuddin Nasution pula memperoleh sebanyak 47,986 undi dan berhasil menguasai Sabah dan Perlis.

Terdahulu, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memaklumkan, seramai 147,334 ahli PKR mengundi dalam pemilihan parti itu pada kali ini atau sekitar 13.17 peratus daripada 1,118,423 ahli layak mengundi.

Calon melepasi jumlah 73,667 undi atau melebihi 50 peratus, khususnya bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, dianggap pemenang dalam pemilihan berkenaan. - Getaran, 29 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad