web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agenda Keselamatan Makanan Perlu Diutamakan, Jangan Sampai ‘Rakyat Nak Makan Apa’?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 12:15PM

Kerajaan Malaysia terpaksa bergantung kepada ‘ihsan’ negara luar untuk mengimport bekalan jika tiada usaha untuk mengutamakan isu keselamatan makanan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekurangan stok makanan dunia, harga barangan meningkat di pasaran dan kerajaan terpaksa bergantung kepada ‘ihsan’ negara luar untuk mengimport bekalan.

Itu krisis dialami Malaysia dalam tempoh hanya beberapa tahun lagi sekiranya tiada usaha drastik dimulakan sekarang untuk mengutamakan isu keselamatan makanan.

Tidak dinafikan, bahang kenaikan harga barangan keperluan harian sudah mula dirasai rakyat ketika ini, malah keadaan akan terus meruncing jika kebergantungan kepada bekalan import tidak dikaji semula.

Susulan itu, Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani menyarankan supaya isu keselamatan makanan dijadikan keutamaan kerajaan ketika ini.

Malah katanya, isu tersebut perlu diteruskan mana-mana pemimpin yang menerajui negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan pada bila-bila masa kerana ia keperluan mendesak.

“Apa boleh dilakukan, kerajaan kena kurangkan kebergantungan barang import dan mula memperkasakan sektor pertanian, seperti idea Tun Abdullah Ahmad Badawi (mantan Perdana Menteri) sebelum ini.

“Semuanya kena ada perancangan strategik, tak boleh main buat sahaja. Sementara nak bangunkan sektor pertanian, kerajaan kena pastikan ada kawalan harga siling makanan dan tingkatkan kembali nilai mata wang,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, sektor pertanian terutamanya penanaman padi untuk beras perlu diperhebatkan memandangkan Malaysia masih mengimport makanan ruji itu dari negara jiran, Vietnam dan Thailand.

“Ramai tidak menyedari bahawa Vietnam pernah berhasrat menghentikan eksport beras ke Malaysia ketika COVID-19 melanda dunia, dua tahun lalu.

“Tapi Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri ketika itu berjaya memujuk Vietnam supaya meneruskan eksport sebab rizab beras kita semakin mengecil. Alhamdulillah, mereka setuju dan kita terselamat,” katanya.

Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

Namun ujarnya, situasi itu perlu dipandang serius hari ini apatah lagi India sudah mengambil pendekatan menghentikan eksport gandum berkuat kuasa serta-merta.

“Bayangkan kalau selepas ini Vietnam pula buat perkara sama, kita nak makan macam mana? Nak makan ubi kayu? Ubi kayu pun tak sempat tanam lagi.

“Paling teruk sekarang ini perang dekat Rusia dan Ukraine yang memberi kesan besar kepada peningkatan harga gandum di pasaran dunia.

“Jadi kita kena bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Dari segi teknologi kita dah ada, cuma sekarang soal lokasi penanaman padi,” katanya.

Justeru, Mohd Azizuddin berkata, sudah tiba masanya kerajaan mencari kawasan sesuai untuk penanaman padi berskala besar.

Katanya, ketika zaman pemerintahannya, Abdullah mencadangkan industri beras dibuka di kawasan estet baharu, malah kawasan hutan landai di Sarawak boleh diusahakan tanaman padi.

Bagaimanapun, jelasnya, selepas tampuk kerajaan bertukar tangan, cadangan itu sepi sehingga kini, justeru sudah tiba masa kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri mula membincangkan soal lokasi penanaman padi.

Beliau berkata, walaupun Kedah dikenali sebagai negeri jelapang padi, hakikatnya keadaan itu tidak seperti digambarkan hari ini.

“Saya tinggal di Kedah dan saya tengok sesetengah tanah sawah sudah dibangunkan sebagai pusat perniagaan komersial atau kawasan perumahan.

“Jadi kerajaan kena lakukan sesuatu yang bukan ‘hangat-hangat tahi ayam’. Perlu seriuslah dan yakinkan rakyat dengan meneruskan usaha tersebut,” katanya.

Ujarnya, lebih membimbangkan sektor pertanian dalam negara hari ini banyak dikawal ‘kartel’.

“Beras ada kartel, ayam pun dikawal kartel begitu juga ikan. Semua dikuasai kartel. Apa cerita ekonomi Malaysia hari ini?

“Saya berpendapat, kerajaan kena buat sesuatu dengan segera. Kalau dapat kawal atau hentikan, harga makanan dapat dikurangkan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan perlu menggalakkan rakyat Malaysia supaya kembali memeriahkan sektor pertanian yang boleh menjadi sumber pendapatan negara pada masa hadapan.

“Pada era 90-an, peladang dan pekebun dipandang hina. Sampai begitu tahap pemikiran rakyat berubah disebabkan terlampau obses dengan evolusi industrialisasi berat.

“Sebenarnya sudah ada kumpulan kembali kepada pertanian, tetapi bila mereka nak berjaya, kartel kacau dan macam-macam lagilah. Itulah dilema dihadapi orang pertanian hari ini,” katanya. - Getaran, 29 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Keselamatan Makanan: Tanggungjawab Moral Dan Keperluan Ekonomi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Nafi Beras Putih Malaysia MADANI Sokong Perbuatan Kartel

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kartel Sabotaj Usaha Kerajaan Ringankan Beban Rakyat - Armizan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

SPRM Laksana Program Bersasar, Cegah Isu Kartel Dan Ketirisan Dana Kerajaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad