web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Masih Bebas Cacar Monyet, MySejahtera Keluarkan ‘Health Alert’ Jika Berisiko 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 8:14PM

'Health Alert monkeypox’ akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan Malaysia masih lagi bebas penyakit cacar monyet (monkeypox) yang sudah dikesan menular di Amerika Utara dan beberapa negara Eropah ketika ini.

“Setakat ini, Insya-Allah kita masih belum ada kes monkeypox. Ada kes viral  menyatakan ada satu kes kanak-kanak mempunyai lepuh (blister) dikatakan monkeypox tapi disahkan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

“Perkara itu telah dijelaskan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah),” katanya pada sidang media secara langsung menerusi Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) dari Geneva, Switzerland, petang ini.

Sebagai langkah pengesanan awal kes cacar monyet, beliau berkata, ‘health alert’ atau notis amaran penyakit itu akan dikeluarkan menerusi aplikasi MySejahtera bermula esok.

Katanya, pengeluaran ‘health alert’ itu dikhaskan kepada pengembara dari negara berisiko bagi pemantauan kesihatan kendiri selama 21 hari.

“Selepas pengembara mengisi borang pra-pelepasan dalam aplikasi MySejahtera, pengembara yang tiba dari negara endemik cacar monkeypox atau dari negara yang melaporkan kes tersebut akan menerima Health Alert setiap hari selama 21 hari sebagai peringatan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri.

“Sekiranya bergejala, hendaklah segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya.

Buat masa ini negara yang mengisytiharkan cacar monyet sebagai wabak endemik adalah Cameroon, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo dan Nigeria.

Pada masa sama, beliau berkata, pegawai Imigresen di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) juga akan dilatih untuk mengesan gejala penyakit cacar monyet.

“Mereka akan merujuk pengembara dengan tanda vesicles atau papules di muka ke pusat saringan kesihatan atau anggota kesihatan di PMA,” katanya.

Jelas Khairy lagi, KKM turut mempertingkatkan survelan penyakit cacar monyet di dalam negara.

Katanya, sekiranya terdapat kes yang disyaki, probable atau disahkan cacar monyet, pengamal perubatan dikehendaki membuat notifikasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran dalam masa 24 jam.

Sementara itu, beliau turut menasihati rakyat Malaysia di negara endemik penyakit cacar monyet atau di negara yang melaporkan kes tersebut untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan jangkitan kes berkenaan.

“Pengembara yang bergejala dan berkemungkinan dijangkiti virus monkeypox juga dinasihatkan untuk menunda perjalanannya ke luar negara.

“Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan menunjukkan gejala dijangkiti monkeypox pula perlu membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran dengan segera,” katanya. - Getaran, 26 Mei

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad