web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluar Parti: Keputusan Sudah Dijangka, Zuraida Pentingkan Diri - BERSATU

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 2:16PM

Wan Saiful Wan Jan - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dibuat semata-mata berdasarkan kepentingan peribadi.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata tindakan tersebut bukan perkara mengejutkan dan memang sudah dijangka.

“Dalam keadaan seluruh negara sedang bercakap mengenai pentingnya kestabilan politik, nampaknya Zuraida bertindak berdasarkan pertimbangan sendiri sahaja.

“Kerana itulah, bagi saya, tindakan Zuraida bukan satu perkara mengejutkan kerana ia memang telah dijangka,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Zuraida Kamaruddin - Gambar fail
Zuraida Kamaruddin - Gambar fail

Menurut Wan Saiful, surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Zuraida susulan keputusan tersebut.

“Sebelum ini BERSATU memang telah membincangkan kedudukan Zuraida, setelah meneliti tindak tanduk beliau yang terkini.

 “Biro Politik BERSATU juga sebenarnya telah mengambil ketetapan mengenai kedudukan beliau dalam parti,” katanya.

Mengulas mengenai peletakan jawatan Zuraida sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Wan Saiful berkata, kekosongan itu akan diisi calon sesuai dari BERSATU.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional akan menamakan calon sesuai dalam kalangan pemimpin BERSATU,” katanya.

Terdahulu, Zuraida mengisytiharkan keluar BERSATU dan menyertai PBM selepas membuat pertimbangan yang mendalam mengenainya.

Serentak dengan itu, beliau turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

 “Saya mempercayai perjuangan parti ini (PBM) dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya.

“Antaranya keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda, pembangunan ekonomi, peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia negara maju,” katanya. - Getaran, 26 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad