web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ibu Parah, Ditikam Anak Usia 14 Tahun Ketika Sedang Tidur

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 8:44AM

Gambar hiasan dari Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang wanita cedera parah selepas ditikam menggunakan sebilah pisau oleh anak lelakinya yang berusia 14 tahun di rumahnya dekat Bukit Yong, Pasir Puteh, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Datuk Mohd Nor Yazhid Idris berkata kejadian dipercayai berlaku lebih kurang 11.45 malam ketika mangsa yang berusia 41 tahun sedang tidur bersama anaknya itu di dalam bilik, sebelum tiba-tiba terasa sakit pada bahagian dada.

"Mangsa kemudian melihat sebilah pisau tertusuk pada dadanya lantas memanggil suaminya yang sedang tidur di ruang tamu.

"Mangsa kemudiannya tidak sedarkan diri setelah bertindak mengeluarkan pisau tersebut sendiri sebelum dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh oleh suaminya," katanya dalam kenyataan semalam. 

Mohd Nor berkata wanita itu kehilangan banyak darah dan sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) serta doktor mengesahkan paru-paru bahagian kirinya bocor.

"Siasatan awal polis mendapati mangsa telah ditikam oleh suspek yang juga anak ketiga dengan menggunakan sebilah pisau yang diambil daripada dapur," katanya dan menambah ketika kejadian remaja itu demam sejak dua hari dan memerlukan pemantauan daripada mangsa.

Beliau berkata suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek