web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Diminta Jaga Diri, Musim Panas Di Tanah Suci

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 2:30PM

Syed Saleh Syed Abd Rahman menunjukkan jumlah jemaah haji pada sidang media pengumuman kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini, di Dewan Besar, Menara TH Tun Razak, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah haji dinasihatkan menjaga diri masing-masing ketika menunaikan rukun Islam kelima itu memandangkan cuaca di Tanah Suci ketika ini teramat panas dengan suhu yang tinggi.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, walaupun ketika ini musim panas di sana masih belum mencapai kemuncak, terdapat laporan bahawa suhu semasa sudah mencecah lebih 50 darjah Celsius.

"Saya ingin ingatkan bahawa walaupun sekarang bukan kemuncak musim panas, sudah tentu nanti jemaah haji akan terdedah dengan musim tersebut ketika menunaikan ibadah di sana.

"Jaga diri masing-masing dan jangan dedahkan diri kepada cuaca panas bagi mengelakkan dehidrasi dan strok haba. Yang ada penyakit tertentu perlu lebih berjaga-jaga," katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saleh berharap jemaah haji dapat menumpukan kepada ibadah di Tanah Suci dan tidak menimbulkan sebarang masalah demi menjaga nama baik negara, jemaah haji sendiri dan TH.

Beliau berkata, walaupun jumlah petugas dikurangkan sebanyak 45 peratus selaras dengan arahan kerajaan Arab Saudi, tahap perkhidmatan petugas lembaga itu masih dikekalkan seperti sebelum ini.

Bagi musim ini, tambahnya, jemaah haji akan didedahkan dengan transaksi tanpa tunai memandangkan kaedah tersebut biasa digunakan di Arab Saudi.

"Seiring usaha digitalisasi, TH telah meningkatkan usaha pendigitalan dari segi persiapan kita. Justeru kita akan melancarkan tiga aplikasi iaitu THhujjaj yang menyediakan maklumat semua perjalanan.

Selain itu, kita akan melancarkan aplikasi e-Bimbingan sebagai platform pembelajaran ibadah haji secara dalam talian dan e-Taib iaitu kaedah pusat panggilan untuk berinteraksi dengan wakil kita," katanya. - Getaran, 25 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi