web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Harian COVID-19 Naik Sedikit, 2 Kematian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 11:53AM

Sebanyak 1,918 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam dengan 32 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 dalam negara meningkat sedikit dengan 1,918 kes baharu direkodkan semalam, berbanding 1,544 kelmarin.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,494,782 kes.

Jumlah yang direkodkan itu membabitkan 1,896 kes tempatan dan 22 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak dua lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan tiada kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,647 dengan 7,551 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 24,940 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.5 peratus atau 23,811 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 22 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,075 orang atau 4.3 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 32 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 2,124 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,434,195 kes. - Getaran, 25 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek