web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Saman Fitnah Apandi Terhadap Lim Kit Siang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 8:15AM

Apandi Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak saman RM10 juta yang difailkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap veteran DAP Lim Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Azimah Omar memutuskan bahawa Kit Siang berjaya mewajarkan keistimewaan yang layak dimilikinya apabila membuat kenyataan itu kerana skandal 1MDB melibatkan jenayah, menyalahi undang-undang, kesan sosial, ekonomi kepada ekonomi negara serta moral pemimpin dan agensi tertinggi negara.

“Ia baik dari segi hak rakyat. Ia bukan sahaja soal defendan (Kit Siang) sebagai ahli parlimen - kepentingan dan kewajipan untuk menyuarakan kekecewaan dan permusuhan mereka, terutamanya apabila semua jalan (aduan) telah habis diusahakan, dan segala usaha itu langsung tidak dipedulikan.

“Defendan menyuarakan pendapatnya kepada orang ramai kerana dia melaksanakan pelaporan yang bertanggungjawab,” katanya dan memerintahkan supaya Mohamed Apandi membayar kos RM80,000 kepada Kit Siang.

Hakim memutuskan kenyataan Kit Siang wajar apabila menggesa Mohamed Apandi menjawab mengapa dia membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada dikaitkan dengan skandal 1MDB pada 2016.

Hakim Azimah berkata Kit Siang wajar membangkitkan isu itu, terutamanya berikutan bekas perdana menteri itu telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi KL pada 2020 dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Beliau seterusnya berkata sabitan Najib telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Mohamed Apandi, 72, hadir di mahkamah semalam, manakala Lim, 81, menyertai prosiding secara dalam talian.

Terdahulu, Hakim Azimah menegur Kit Siang kerana tidak hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung saman itu.

“Sebagai ahli parlimen, Kit Siang sepatutnya tahu undang-undang dan sebagai defendan, dia sepatutnya menghormati mahkamah ini,” kata hakim yang berang dengan ketidakhadiran Kit Siang.

Peguam Kit Siang, Sangeet Kaur Deo dalam jawapannya mengaku yang dia tersilap apabila tidak memberitahu anak guamnya supaya hadir di mahkamah.

“Kami memohon maaf terhadap perkara ini. Kami ingatkan adalah memadai dengan kehadiran sedia ada. Dia (Kit Siang) boleh dihubungi menerusi Zoom sekiranya dibenarkan mahkamah,” katanya.

Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Kit Siang, dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk, Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity dalam Malaysiakini.

Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi Peguam Negara.

Mohamed Apandi yang menyandang jawatan Peguam Negara dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018, mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas Peguam Negara Malaysia bagi meraih publisiti murahan.

Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Kit Siang dan/atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

2

Semasa 3 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

4

Semasa 4 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran