Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Subsidi Petrol Boleh Bersasar, Tapi Jangan Tertinggal Penerima Yang Layak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan mekanisme bahan api yang lebih bersasar bagi memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah (B40) merupakan kaedah terbaik dalam usaha menyalurkan bantuan golongan berpendapatan rendah.

Tinjauan Getaran mendapati, majoriti orang ramai menyambut positif dan menyifatkan subsidi produk minyak lebih bersasar wajar dilaksanakan, namun perlu dilakukan pada masa sesuai dengan mekanisme lebih jelas serta efisien bagi memastikan ia berupaya mencapai matlamat ditetapkan.

Pereka grafik, Ahmad Adib Akmal Ahmad Najib, 30, berkata, subsidi minyak bersasar perlu dikaji dengan teliti dan tidak perlu dilaksana secara tergesa-gesa memandangkan kerajaan masih mendapat manfaat melalui peningkatan pendapatan daripada industri petroleum.

Ahmad Adib Akmal Ahmad Najib
Ahmad Adib Akmal Ahmad Najib

Menurut beliau, isu subsidi bahan api khususnya petrol agak tidak bersasar dan lebih memberi manfaat kepada golongan berpendapatan tinggi.

“Memang betul, pemilik BMW tidak layak menerima subsidi minyak, namun (perlu juga) kaji dengan teliti sekiranya mereka mempunyai tanggungan besar setiap bulan yang boleh menjadikan golongan terbabit terjebak ke kategori B40 setelah ditolak komitmen bulanan. Perkara ini yang saya mahu kerajaan lihat dengan terperinci.

“Jangan nanti dah laksana, ada yang terbeban. Tempoh pelaksanaan perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan masalah lain. Bagi saya, sekarang bukan masanya kerana pemulihan ekonomi baru saja hendak bermula,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Jelas Ahmad Adib, subsidi perlu dilihat sebagai instrumen sementara, selain keperluan memperkenalkan dasar kawalan harga barangan tertentu, terutama barangan berasaskan makanan sebagai pelengkap kepada dasar subsidi bersasar.

“Pelaksanaan subsidi perlu dibuat secara bersasar supaya matlamatnya dapat dicapai seperti membantu golongan yang begitu terjejas dan mengawal peningkatan semasa harga barangan, termasuk pada masa depan.

“Masyarakat sedia maklum sistem subsidi sedia ada ketika ini lebih menguntungkan golongan kaya berbanding mereka yang begitu memerlukan,” katanya.

Beberapa hari lalu, kerajaan menerusi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, mekanisme bahan api yang disasarkan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah mungkin dilaksanakan.

Beliau berkata, kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai berikutan lonjakan ketara dalam unjuran subsidi bahan api untuk 2022 kepada RM28 bilion, berbanding RM11 bilion tahun sebelumnya.

Sementara itu, pemilik Fiqah Katering, Muhammad Firdaus Ramly, 30, berkata, kerajaan juga perlu memastikan ‘strategi keluar’ lebih jelas supaya ekonomi negara tidak bergantung kepada dasar subsidi berlebihan, yang boleh mengakibatkan ketidakcekapan ekonomi pada masa hadapan.

Muhammad Firdaus Ramly
Muhammad Firdaus Ramly

Jelasnya, cadangan untuk mengkaji semula mekanisme subsidi bahan api perlu dipandang serius pelbagai pihak, dengan menumpukan bantuan dan subsidi kepada golongan rentan serta mereka yang benar-benar memerlukan.

“Subsidi minyak bersasar dapat mengawal kenaikan harga barang, mengurus perbelanjaan kerajaan secara lebih berhemah dan membantu golongan yang betul-betul memerlukan jika dilaksanakan dengan baik.

“Buat masa ini, masih belum jelas bentuk sistem atau model yang akan dilaksanakan untuk menjadikan subsidi ini lebih bersasar.

“Apa yang penting, sekiranya dilaksanakan, mekanisme itu perlu memastikan golongan rentan tidak akan terjejas teruk dengan kadar inflasi semasa, serta berupaya menangani kos hidup yang tinggi kerana tidak terbeban dengan lonjakan harga minyak,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Aszarinawati Alias, 35, berkata, mereka yang berpendapatan tinggi seharusnya dikecualikan daripada menikmati subsidi melalui sistem baharu itu, tetapi pada masa sama ia diharapkan tidak menindas mana-mana pihak.

Aszarinawati Alias
Aszarinawati Alias

Bagaimanapun beliau berpandangan, mekanisme subsidi minyak bersasar terutamanya bagi kumpulan berpendapatan rendah dilihat hampir mustahil untuk dilaksanakan kerana kaedahnya yang agak kompleks dan rumit, malah bakal menelan kos amat tinggi, manakala pulangan mahupun faedahnya pula agak kabur.

“Perbincangan mengenai subsidi bersasar ini seolah sudah menjadi trend bermusim dan sering diutarakan apabila berlaku peningkatan harga minyak mentah dunia dan akan kembali ‘sejuk’ apabila harga kembali stabil.

“Apabila kita menyebut subsidi bersasar, ia agak kompleks dan rumit serta memakan kos yang amat tinggi serta pulangan atau faedahnya pula agak kabur.

“Kekangan paling mudah adalah jika kita dapat melakukannya kepada kenderaan berplat asing, ini yang paling mudah dan kos efisien,” tegasnya.

Bulan lalu, Petronas Dagangan Bhd memaklumkan ia sudah bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan berhubung mekanisme subsidi bahan api berikutan peningkatan harga minyak mentah di peringkat global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed juga berkata, kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai untuk mekanisme bahan api yang disasarkan, yang dijangka siap tidak lama lagi. - Getaran, 24 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

2

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Pelaksanaan Subsidi Bersasar Tidak Beri Kesan Kepada Pelaburan Asing - Tengku Zafrul

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

4

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 19 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi