web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Elak Monopoli Bekalan, Kerajaan Perlu Usaha Ladang Ayam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 9:26PM

FOMCA menyarankan kerajaan mengusahakan ladang ayam bagi mengatasi isu kekurangan bekalan mentah itu. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran mengusahakan ladang ayam bagi mengatasi isu kekurangan bekalan mentah itu yang semakin meruncing.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ladang itu boleh diuruskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, saranan itu juga dilihat sebagai satu keperluan mendesak bagi menyelesaikan masalah stok ayam sebagaimana yang berlaku hari ini.

“Kita maklum ayam adalah satu keperluan tetapi apa yang berlaku seolah-olah industri cuba menekan kerajaan, (justeru) sudah tiba masanya kerajaan memiliki ladang ayam yang boleh diuruskan GLC.

“Dari segi prinsipnya kerajaan tidak patut terlibat dengan perniagaan tetapi langkah itu boleh dipertimbangkan bagi memastikan bekalan ayam di negara ini tidak terputus,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Jelas beliau, langkah itu juga mengekang industri penternakan ayam daripada dimonopoli golongan tertentu.

“Bukan sahaja boleh menyekat monopoli pihak tertentu, langkah tersebut berupaya mengelakkan kebergantungan terhadap pemilik ladang ternakan ayam sedia ada.

“Dengan cara ini, manipulasi harga pun dapat dikurangkan dan persaingan sihat di kalangan pemain industri penternakan boleh diwujudkan demi kepentingan pengguna,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Yusof turut berharap agar kerajaan dan pemain industri penternakan ayam dapat mencari jalan penyelesaian terbaik yang boleh memberi situasi menang-menang kepada semua pihak dalam menangani kemelut itu.

“Kita faham pihak industri sudah tentu ada sasaran agar desakan mereka diterima tetapi pada masa sama keperluan kerajaan agak terhad.

“Jadi kita harap kedua-duanya mencari satu kaedah terbaik agar kemelut ini tidak berlanjutan,” katanya.

Semalam, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengesahkan bekalan ayam di kawasan tertentu terjejas akibat beberapa faktor seperti kualiti dedak dan jangkitan penyakit.

Jurucakap MAFI berkata, keadaan cuaca panas melampau turut mengganggu tumbesaran ayam di ladang terutama reban sistem terbuka.

“Namun, tidak dinafikan ada ladang-ladang ayam menghadapi masalah kenaikan berat badan haiwan tersebut yang terganggu akibat kualiti dedak, jangkitan penyakit dan cuaca panas.

“Ini memberikan kesan kepada bekalan ayam di kawasan-kawasan tertentu,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pakej Perpaduan Prabayar Bantu Golongan Sasar Tingkat Pendapatan - Persatuan Pengguna

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Mula Tunjuk Hasil Positif

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Mahu Pastikan Malaysia Cukup Bekalan Ayam? Utamakan 6 Perkara Ini...

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar