web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerja Penyelenggaraan Berjadual Pastikan Bekalan Air Berterusan - Air Selangor

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 9:09AM

Air menjadi masalah utama penduduk di Selangor. - Gambar fail dari AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bekalan air yang berterusan.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerja-kerja penyenggaraan itu mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Beliau berkata, antara pelaksanaan akan diambil adalah kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam.

Elina berkata, kerja-kerja itu akan dijalankan pada 30 Mac, dari 9 pagi hingga 9 malam dan bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Petaling, 14 kawasan di Klang serta 12 kawasan di Shah Alam, manakala bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi, 1 April.

Selain itu, beliau berkata kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates, akan menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Wangsa Maju, yang bakal mengakibatkan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam.

Elina berkata kerja tersebut akan dilaksanakan pada 6 April, dari 9 pagi hingga 9 malam dan bakal menyebabkan 12 kawasan di Gombak dan 46 kawasan di Kuala Lumpur, akan mengalami gangguan bekalan air berjadual, sebelum dijangka pulih sepenuhnya pada 5 pagi, 9 April.

“Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza, bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Air Selangor juga dalam perancangan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset utama di LRA Cheras Batu 11 pada 15 Jun, LRA Sungai Langat (6 Julai) dan LRA Sungai Selangor Fasa 1 (5 Okt).

Beliau menjelaskan pelaksanaan kerja-kerja tersebut mengambil kira pelbagai faktor sebelum dilakukan, antaranya mengelak tarikh semasa peperiksaan utama sekolah kerajaan dan tarikh ketika berlangsungnya sesuatu acara penting peringkat antarabangsa, nasional atau negeri.

“Air Selangor ingin menjelaskan bahawa pelaksanaan kerja-kerja berjadual ini dilaksanakan bagi membolehkan aset-aset utama dan sistem pengagihan bekalan air berada pada tahap yang baik. 

“Penambahbaikan infrastruktur paip ini juga adalah sebahagian daripada usaha Air Selangor, dalam meningkatkan mutu perkhidmatan terbaik demi keselesaan pengguna di masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com atau rujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi mereka, laman Facebook, Instagram, Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad