web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Baharu COVID-19, Angka Kematian Menurun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 3:40PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi wabak COVID-19 dalam negara sepanjang Minggu Epidemiologi (ME) ke-20 menunjukkan perkembangan positif apabila beberapa indikator menunjukkan penurunan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi tempoh bermula dari 15 hingga 21 Mei, bilangan kes baharu menurun sebanyak 28.8 peratus iaitu 19,137 kes kepada 13,630 kes berbanding beberapa minggu sebelumnya.

Katanya, bilangan kes tempatan turut menunjukkan penurunan sebanyak 28.8 peratus iaitu 19,108 kes kepada 13,615 kes.

“Turut menunjukkan penurunan adalah bilangan kematian daripada 33 kes kepada 29 kes atau bersamaan 12.1 peratus.

“Bilangan kes sembuh meningkat sebanyak 21.1 peratus atau 12,618 kes kepada 15,278 kes berbanding ME ke-19,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, dari 25 Januari 2020 hingga 21 Mei lalu, sejumlah 4,489,503 kes positif COVID-19 dikesan di negara ini.

Jelasnya lagi, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk juga menurun sebanyak sembilan peratus untuk ME ke-20.


“Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk juga menurun sebanyak 50 peratus melibatkan semua kategori pesakit.

“Jumlah pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 50 peratus manakala jumlah pesakit kategori 3,4 dan 5 turut menurun sebanyak 50 peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pengisian katil fasiliti COVID-19 juga menurun berbanding ME-19.

“Penggunaan katil bukan kritikal tiada perubahan manakala katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 33 peratus,

“Penggunaan katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) turut merekodkan tiada perubahan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan penurunan.

“Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 5.2 peratus begitu juga bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menunjukkan penurunan 26.6 peratus.

“Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital turut menurun 18.7 peratus,” katanya.

Katanya, untuk trend kes aktif COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya) pada ME ke-20 juga menunjukkan penurunan kes 29.9 peratus daripada 35,167 kes kepada 24,647 kes berbanding minggu sebelumnya.

“Sejajar dengan peningkatan kes harian pada minggu sebelumnya, purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 3.1 peratus pada ME ke-20 berbanding minggu sebelumnya,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad