web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teruskan Harga Siling Ayam, Semak Semula Kadar Subsidi Penternak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 1:56PM

Harga dedak ayam yang terlalu tinggi menyebabkan pengeluaran ayam daripada penternak berkurangan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu bertindak segera untuk memastikan bekalan ayam di pasaran sentiasa mencukupi dengan menyelesaikan masalah tekanan kos di kalangan penternak.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, tekanan kos dedak ayam yang terlalu tinggi menyebabkan pengeluaran ayam berkurangan daripada penternak.

“Isu bekalan ayam terputus yang berlaku beberapa hari ini di seluruh negara tidak seharusnya berlaku, malah kegagalan kerajaan menangani isu ini tidak boleh diterima sama sekali,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Anthony Loke
Anthony Loke

Susulan itu Anthony berkata, dasar menetapkan harga siling untuk ayam sebagai barang kawalan perlu diteruskan.

Katanya, ini berikutan masalah kos sara hidup yang semakin tinggi merupakan tekanan hidup paling besar untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

“Namun, pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan penternak dan seluruh rantaian bekalan ayam tidak mengalami kerugian.

“Ini termasuk dengan melaksanakan bantuan subsidi yang mencukupi dan mampu menampung kenaikan kos luar biasa,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata, kadar pemberian subsidi sebanyak 60 sen sekilogram menerusi peruntukan RM528.52 juta oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) juga perlu disemak semula.

“Ia perlu selari dengan tekanan kos dedak yang terlalu tinggi.

“Bantuan subsidi juga perlu dilaksanakan tanpa karenah birokrasi dan disalurkan kepada penternak dengan segera,” katanya.

Jelas Anthony lagi, keputusan kerajaan membatalkan syarat AP untuk mengimport bahan makanan, bukan formula silver bullet yang akan menyelesaikan masalah kenaikan harga barang makanan dan memastikan bekalan tidak terputus.

“Ia perlu difahami bahawa setiap negara sedang bergelut dengan masalah keselamatan makanan domestik dan negara pengeluar utama akan memberikan tumpuan kepada keperluan mereka sendiri terlebih dahulu.

“Tambahan pula, dengan kelemahan nilai matawang ringgit, maka sebarang import makanan daripada negara lain melibatkan harga belian yang lebih tinggi,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan Persekutuan seharusnya bertindak segera dengan melibatkan semua kerajaan negeri untuk menyediakan tapak tanah secara besar-besaran dengan secepat mungkin bagi penanaman bijirin untuk mengurangkan kebergantungan kepada import.

Terdahulu, MAFI mengesahkan bekalan ayam di kawasan tertentu terjejas akibat beberapa faktor seperti kualiti dedak dan jangkitan penyakit.

Jurucakap MAFI berkata, keadaan cuaca panas melampau turut mengganggu pembesaran ayam di ladang terutama reban sistem terbuka.

“Namun tidak dinafikan ada ladang-ladang ayam menghadapi masalah kenaikan berat badan haiwan tersebut yang terganggu akibat kualiti dedak, jangkitan penyakit dan cuaca panas.

“Ini memberikan kesan kepada bekalan ayam di kawasan-kawasan tertentu,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad