web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Myanmar Cuba Larikan Kanak-Kanak 4 Tahun Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 12:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar yang didakwa cuba melarikan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari halaman sebuah rumah kampung di Batu 3, Jalan Gambang di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan oleh orang awam yang mengejar suspek selepas mendengar jeritan ibu mangsa, sebelum menyerahkannya kepada polis di lokasi kejadian pada 9.45 pagi. 

Ibu mangsa mendakwa suspek menghampiri rumahnya semasa dia sedang menyiram pokok bunga, manakala mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik bermain pasir di halaman rumah yang tidak berpagar. 

"Suspek dikatakan menutup kepala mangsa dengan kain putih dan hanya sempat melarikannya hingga ke jalan besar sekitar 200 meter dari rumah mangsa sebelum ditahan oleh orang awam.

"Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana mahukan anak selepas tidak dikurniakan cahaya mata selepas lapan tahun berkahwin," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan. 

Suspek dipercayai datang ke Malaysia sejak tiga bulan lepas dan tinggal berhampiran jeti nelayan berhampiran kampung itu serta menyara hidup dengan mengambil upah membantu kerja nelayan. 

Wan Mohd Zahari berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan kerana melakukan penculikan dan cubaan melakukan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 

Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad