web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MAFI Dedah Punca Kekurangan Bekalan Ayam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 9:13PM

Jurucakap MAFI berkata, keadaan cuaca panas melampau turut mengganggu pembesaran ayam di ladang terutama reban sistem terbuka. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengesahkan bekalan ayam di kawasan tertentu terjejas akibat beberapa faktor seperti kualiti dedak dan jangkitan penyakit.

Jurucakap MAFI berkata, keadaan cuaca panas melampau turut mengganggu pembesaran ayam di ladang terutama reban sistem terbuka.

“Namun tidak dinafikan ada ladang-ladang ayam menghadapi masalah kenaikan berat badan haiwan tersebut yang terganggu akibat kualiti dedak, jangkitan penyakit dan cuaca panas.

“Ini memberikan kesan kepada bekalan ayam di kawasan-kawasan tertentu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, Jabatan Perkhidmatan Veteriner (DVS) telah melakukan pemeriksaan terhadap syarikat ladang ayam yang dilaporkan memberi alasan kekurangan berat sebagai alasan bekalan haiwan ternakan itu mengalami kekurangan.

“Susulan pemeriksaan oleh DVS, penjelasan pihak syarikat ladang ayam terbabit serta sesi libat urus yang diadakan mendapati laporan tersebut kurang tepat.

“Pihak syarikat ladang ayam terbabit memberikan jaminan bahawa mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan, khususnya ayam diproses sama ada dalam bentuk ayam bulat, ayam ‘super’, ayam ‘standard’ serta keratan ayam,” katanya.

Malah jurucakap MAFI memaklumkan berdasarkan pemeriksaan DVS, kebanyakan ladang ayam bersedia untuk membekalkan ayam di pasaran.

“Kementerian akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan semua pihak industri yang terlibat langsung dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam bagi memastikan kelangsungan pengeluaran bekalan.

“Kementerian juga memandang serius isu-isu yang mengancam sekuriti makanan negara dan sentiasa berusaha dengan pihak berkepentingan dalam menstabilkan kembali bekalan ayam untuk keperluan  sepanjang masa,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, proses penilaian pemberian subsidi ayam melalui DVS kepada penternak yang mengemukakan permohonan juga sedang disegerakan.

Katanya, penternak yang memenuhi syarat dan mendapat kelulusan pembayaran memperolehi tuntutan dalam tempoh yang dijanjikan. - Getaran, 22 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hospital Di Semenanjung Gaza Pada Tahap Kritikal - WHO

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad