web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penternak Dedah Kisah Sebenar Kemelut Bekalan Ayam, Tiada Konspirasi Tapi…

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 5:05PM

Perkongsian Yani Hardinata mengenai kisah sebenar di sebalik isu kekurangan bekalan ayam sejak beberapa bulan lalu menjadi tular di Facebook.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kekurangan bekalan ayam di pasaran yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu terus menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Ada mendakwa bekalan ayam sengaja dicatu pihak tidak bertanggungjawab dan tidak kurang juga berpendapat, ada pihak tertentu mempunyai agenda tersembunyi.

Namun seorang pemilik ladang dan penternak ayam, Yani Hardinata Hairuddin tampil berkongsi kisah sebenar di sebalik isu hangat yang timbul itu.

Menurut beliau yang juga tauke ayam Wak Akob, harga ayam suatu ketika dahulu bergantung kepada kos tanpa sebarang harga tetap.

Katanya, menerusi kaedah itu semua yang terlibat dalam perniagaan ayam bermula daripada pengilang dedak sehinggalah peniaga tidak berdepan sebarang masalah.

Bagaimanapun Yani Hardinata berkata, situasi tersebut berubah apabila harga bahan mentah import meningkat secara mendadak.

“Kerana kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa dan faktor bekalan, jadinya harga jagung meningkat (lebih 100 peratus pada 2021).

“Harga kacang soya juga meningkat (lebih 30 peratus) begitu juga harga gandum. Semua ini bahan-bahan yang menjadi kandungan utama dedak (lebih 80 peratus) dan ia diimport,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook Wak Akob.

Jelas beliau lagi, dedak ayam daging perlu dihasilkan dengan tepat supaya nutrien pada ayam mencukupi dan boleh membesar dengan maksima serta efisien dalam tempoh ditetapkan.

“Baka-baka ayam ini kebanyakannya diimport seperti COBB, ROSS, Indian River. Ia bukan makan jagung manis Cameron Highland tetapi makan jagung bijirin.

“Jagung bijirin tidak ditanam secara meluas di Malaysia. Bahan-bahan ini, kita bukan import sikit-sikit. Setahun, lebih 3.9 juta metrik tan jagung bijirin, lebih 1.4 juta metrik tan soya diimport,” katanya.

Susulan itu katanya, apabila bahan-bahan mentah mengalami kenaikan harga, harga dedak turut meningkat.

“Dari RM80 setiap 50kg kepada RM120 setiap 50kg (meningkat lebih 50%). Bila meningkat, kos ternakan (turut) meningkat.

“Dan macam biasa, logiknya, harga ayam meningkat dan itulah yang berlaku, sehingga 4 Disember 2021. Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30, tanpa kawalan harga atau subsidi kepada dedak,” katanya.

Hakikatnya jelas Yani Hardinata, pengilang dedak dan penternak sudah lama menyerap kenaikan harga supaya pengguna tidak terbeban.

Katanya lagi, apabila harga kawalan ditetapkan, penternak bukan sahaja kekurangan untung tetapi juga mengalami kerugian.

“Jadi kami penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan. Sementara kami nampak titik keluar, jadi sebab itulah ayam kurang.

“Tiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, apabila harga kawalan semakin menurun, penternak semakin tersepit malah ada yang terpaksa menggulung tikar.

“RM9.10, kemudian RM8.90, ada pula buat RM8, penternak makin tersepit dan ada yang dah gulung tikar.

“Bukan anak ayam tiada atau bermasalah. Tapi siapa yang nak ternak ayam bila rugi,” keluhnya.

Susulan itu, beliau berharap agar kerajaan menemui jalan penyelesaian kepada permasalahan sebenar yang timbul hari ini.

“Selepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri itu akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

“Kami harap titik tengah dapat dicapai supaya industri ini dapat kekal dan pada masa sama pengguna dapat membeli makanan asas pada harga mampu milik,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam