web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemelut Bekalan Ayam, FLFAM Tunggu Keputusan Mesyuarat Kabinet Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 4:17PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) akan menunggu keputusan mesyuarat Kabinet esok bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam yang semakin meruncing ketika ini.

Presidennya, Datuk Jeffrey Ng berkata, pihaknya menghormati apa sahaja keputusan ditetapkan berhubung kemelut tersebut.

“Saya takkan komen sekarang, tunggu kerajaan akan buat keputusan (esok).

“Saya tahu perbincangan sedang giat dilakukan. Kita kena hormat apa saja keputusan kerajaan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Pada masa sama, beliau menyambut baik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempercepatkan mesyuarat Kabinet ke esok, berbanding jadual asal pada Rabu bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan.

“Memang wajar diawalkan sebab isu bekalan bahan mentah termasuk ayam dan peningkatan harga barang serta kos sara hidup perlu ditangani segera.

“Bagaimanapun kita akan terima apa sahaja keputusan kerajaan, apa boleh buat,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri turut berkata beliau sudah mengarahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee membentangkan pelan bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Esok, saya percepatkan Mesyuarat Kabinet kerana isu yang banyak sekarang ini, bukan hanya membabitkan ayam, tetapi juga isu membabitkan kos sara hidup yang kita jangka meningkat.

“Ini masalah global, masalah perang dan sebagainya. Sudahlah ketika pandemik (COVID-19), tidak boleh keluarkan makanan dan bila elok sikit, tiba-tiba perang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Sementara itu, sebuah ladang ternakan ayam di Melaka memaklumkan penutupan premisnya selama dua hari bermula semalam dan hari ini, atas alasan ayam hidup di ladang mengalami kelewatan tumbesaran dan berat badan tidak mencapai kadar sepatutnya.

Sebuah lagi ladang ternakan ayam dekat sini turut menghentikan bekalan ayam kepada pembekal bermula Sabtu hingga esok atas alasan sama, dan akan kembali beroperasi pada Selasa ini.

Penutupan premis itu didakwa sebagai tanda protes kepada kerajaan yang kononnya lambat menyalurkan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan Jeffrey yang menyifatkan penghentian operasi sesebuah premis adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu.

Katanya lagi, keputusan penutupan itu tidak mengganggu rantaian bekalan ayam kepada pengguna.

Media turut melaporkan kekurangan bekalan ayam segar menyebabkan kebanyakan peniaga ayam di beberapa negeri kehabisan stok seawal jam 7 pagi semalam dan terpaksa menutup perniagaan masing-masing lebih awal dari sepatutnya.

Di beberapa negeri, peniaga terpaksa mencatu jumlah ayam untuk dijual kepada pelanggan disebabkan masalah sama. - Getaran, 22 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Mahu Pastikan Malaysia Cukup Bekalan Ayam? Utamakan 6 Perkara Ini...

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lambakan Ayam Bukti Kartel Masih Berkuasa - Asyraf Wajdi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Persatuan Jamin Kenaikan Harga Ayam Tidak Terlalu Tinggi Bermula 1 Julai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad