web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bentang Segera Rancangan Jamin Keselamatan Makanan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 2:09PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak membentangkan rancangan jaminan keselamatan makanan susulan laporan penutupan sementara sebuah ladang penternakan ayam serta pertimbangan untuk mengadakan mogok oleh penjual haiwan berkenaan.

Mantan menteri, M Kula Segaran berkata, beliau telah melawat sejumlah besar pasar di Ipoh, Perak dan bertemu dengan penjual yang memberitahu, mereka akan mengadakan mogok kerana tidak dapat menjana pendapatan ekoran harga siling RM8.90 sekilogram seperti ditetapkan kerajaan.

Katanya, golongan penjual memberitahu bahawa kadar itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia bersamaan dengan harga kos, dan adalah tidak munasabah untuk golongan peniaga.

“Kerajaan harus bertindak segera dan memberikan subsidi segera memandangkan keselamatan makanan adalah isu yang amat penting.

“Ia tidak boleh dilengahkan hanya kerana ketidakcekapan menteri.

“Perdana Menteri harus bertindak dan tidak perlu menunggu menteri-menterinya,” katanya hari ini.

Kula Segaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat menegaskan, kerajaan sepatutnya sedar bahawa kesan kekurangan makanan akan dirasai tidak lama lagi ekoran krisis di peringkat global.

“Apakah perancangan kerajaan dalam menghadapinya,” katanya sambil menambah, negara memerlukan satu mekanisme segera yang efektif untuk menangani kekurangan bekalan makanan.

Tegas Kula Segaran, Malaysia terlalu bergantung kepada makanan dari luar yang berjumlah RM50 bilion setahun meskipun negara memiliki tanah secukupnya dan cuaca sempurna untuk sektor pertanian, tambahan pula dengan potensi perladangan bandar (urban farming) dan vertikal.

“Mengapa tidak galakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk terlibat dalam pertanian agar kita boleh kawal sendiri isu makanan kita?

“Mengapa tidak perkenalkan subsidi dan geran untuk memulakan perniagaan dalam bidang ini, memberi latihan percuma untuk meningkatkan kemahiran dalam pertanian vertikal dan juga memperuntukkan tanah,” katanya.

Ahli Parlimen DAP itu juga mengalu-alukan inisiatif yang dilakukan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin yang melancarkan projek pertanian bandar di kawasan tersebut.

“Ini perlu dilakukan di seluruh negara agar dapat disertai lebih ramai individu, walaupun jika ia hanya melibatkan penanaman lada di pasu kecil di rumah.

“Jika kekurangan bekalan makanan tidak ditangani, rakyat yang berpendapatan rendah akan menerima kesan besar, malah boleh membawa kepada isu malnutrisi,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Keselamatan Makanan: Tanggungjawab Moral Dan Keperluan Ekonomi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar