Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Siap Dalam Talian, Lesen Terbang Kembali?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 9:31AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memiliki lesen memandu ketika ini bukan lagi terbatas sebagai kehendak, tetapi adalah satu keperluan yang boleh dikatakan wajib ada ke atas mana-mana individu berkelayakan.

Kepentingannya begitu kritikal, kerana dokumen itu adalah bukti pengiktirafan oleh pihak berkuasa yang menandakan seseorang individu berkenaan layak mengendalikan kenderaan di mana-mana jalan raya.

Atas dasar ini, kegagalan mempamerkan lesen memandu apabila diminta pihak berkuasa dianggap sebagai kesalahan serius yang boleh membawa kepada pelbagai hukuman mengikut akta ditetapkan.

Evolusi zaman menyebabkan proses mendapatkan lesen menjadi semakin rumit, sekali gus membuatkan kos yang perlu ditanggung juga bertambah tinggi.

Senario itu menyebabkan satu ketika dahulu negara pernah hangat seketika dengan isu ‘lesen terbang’, membabitkan sindiket penghasilan lesen memandu sah secara haram oleh pihak yang mahu menangguk di air keruh.

Hanya dengan membayar sejumlah wang mengikut kategori lesen dikehendaki, pembeli berpeluang mendapatkan lesen memandu yang diiktiraf pihak berkuasa berkaitan, tanpa perlu mendaftar mengikuti kelas dan ujian ditetapkan.

Selepas digempur pihak berkuasa khususnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), isu berkenaan senyap, apatah lagi apabila sejumlah besar dalang sindiket ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Kini selepas sekian lama, keadaan itu kembali berulang, menerusi kewujudan agensi yang menawarkan khidmat penghasilan lesen memandu tulen tanpa perlu menduduki sebarang ujian.  

Turut dikenali sebagai ‘lesen kopi-o’, memiliki lesen seumpama ini mendedahkan pembeli kepada risiko dan bahaya tersendiri, apabila kemampuan mereka memandu tidak diuji mengikut prosedur sepatutnya.

Krisis kewangan yang wujud akibat pandemik COVID-19 nampaknya membuka ruang untuk sindiket berkenaan kembali bertapak, malah semakin berani apabila secara terbuka mengiklankan ‘khidmat’ mereka di media sosial.

Tawaran yang dilihat menarik bagi sesetengah pihak ini secara tidak langsung telah menjadi perhatian ramai, apatah lagi harga ditawarkan cukup murah, berbanding yuran dikenakan sekolah memandu.

Sindiket berkenaan turut menawarkan penjualan secara atas talian, yang turut menggunakan modus operandi sama, iaitu tanpa perlu mengikuti kelas memandu atau ujian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pelanggan hanya perlu memberikan gambar, dokumen dan maklumat peribadi serta membayar kos ditetapkan, sebelum mereka boleh mendapat lesen memandu pasaran gelap itu dalam masa tiga hingga lima hari.
 
Sindiket terbabit mendakwa, lesen yang diperolehi adalah sah dan maklumat pelanggan akan dimasukkan ke dalam sistem JPJ, bagi memudahkan urusan memperbaharui dokumen berkenaan dibuat setelah tamat tempoh.

Getaran yang menyamar sebagai pembeli bertindak menghubungi antara nombor tertera pada iklan berkenaan, yang dilihat pada satu laman media sosial, sebelum perbualan itu dilanjutkan menerusi aplikasi pesanan WhatsApp.

Mendakwa berperanan sebagai orang tengah kepada agensi memandu bertauliah, dia berkata operasi secara atas talian itu sah dari segi undang-undang.

Individu terbabit juga mendakwa, lesen berkenaan memperoleh kelulusan sepenuhnya daripada pihak berkuasa, termasuk berupaya melepasi pemeriksaan oleh PDRM dan JPJ.

Dengan membayar serendah RM350, pelanggan katanya sudah layak memiliki lesen motosikal bagi kelas B2, manakala RM550 ditawarkan untuk lesen kategori B Penuh.

“Untuk lesen kereta manual (DM), harganya cuma RM900 dan RM950 untuk lesen kereta auto (DA),” dakwanya lagi.

Katanya, mereka turut menawarkan pelbagai jenis lesen dengan setiap satu didatangkan dengan harga berbeza.

Sementara itu, sumber JPJ ketika dihubungi berkata, penjualan lesen seperti itu nyata tidak sah dan menyalahi peruntukan undang-undang ditetapkan.

“Orang ramai yang berhadapan atau menerima tawaran seperti ini perlu melaporkan ia kepada pihak berkuasa dengan kadar segera.

“Sebarang urusan yang didakwa boleh dilakukan pihak berkaitan adalah tidak sah dan menyalahi perundangan negara,” katanya.

Menurut beliau, aduan juga boleh dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan iklan atau akaun media sosial mereka disekat serta merta.

“Kami amat berharap orang ramai tidak mudah percaya dengan tawaran seumpama ini dan segera menghubungi pejabat JPJ berdekatan untuk semakan,” katanya. – Getaran, 25 Mac 2021

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 6 jam yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad