Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Undang-Undang Kewartawanan, Penting Dalam Landskap Media Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2022 8:32AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Menguatkuasakan undang-undang berkaitan profesion kewartawanan atau Press Law dilihat sebagai asas penting dalam era digital semasa terutamanya apabila undang-undang itu masih belum dilaksanakan di negara ini.

Ketua Aliansi Jurnalis Independen (AJI) Yogyakarta Shinta Maharani, 37, berkata penguatkuasaan undang-undang yang ditetapkan mengenai perlindungan dan privasi wartawan adalah penting terutamanya semasa proses pelaporan berita.

Beliau berkata keganasan terhadap wartawan pada masa kini sering dilihat dalam bentuk gangguan digital dalam media sosial seperti ugutan, intimidasi dan jenayah yang berpotensi untuk mendatangkan bahaya kepada mangsa.

“Di Indonesia, begitu banyak serangan digital terhadap wartawan bersama-sama dengan pembela hak asasi manusia, terutamanya apabila kita melaporkan rasuah dan keganasan manusia. Wartawan wanita juga mengalami serangan digital seperti itu.

“Kita perlukan (Undang-undang Kewartawan), kita memerlukan perlindungan untuk wartawan terutama mereka yang mengalami serangan digital. Majlis Akhbar juga perlu bertindak lebih untuk menangani serangan digital terhadap wartawan,” katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Solidariti Media 2022 di sini hari ini.

Shinta Maharani berkata pengalamannya melaporkan mengenai Konflik Agraria di Yogyakarta, Indonesia adalah antara contoh pengalaman pahit apabila beliau diserang secara digital dan fizikal oleh individu yang tidak dikenali.

Senada dengan beliau, jurucakap Gerakan Media Merdeka (GeramM) Radzi Razak, 37, berkata Undang-undang Kewartawanan harus dilaksanakan di negara ini mengikut Kod Etika Kewartawanan bagi memastikan kualiti pelaporan berita.

“Kerana kita lihat ia dapat membantu bukan sahaja melindungi wartawan tetapi juga masyarakat daripada kewartawanan yang tidak sihat, sebab kita semua (pengamal media) sudah ada kod etika kewartawanan yang telah dibuat sejak 30 tahun lepas.

“Jadi apa salahnya jadikan peraturan untuk membantu kita bekerja dengan selamat, membantu masyarakat untuk memastikan wartawan itu sendiri tidak menyeleweng daripada kod etika itu. Undang-undang itu boleh diadaptasi daripada kod kewartawanan itu sendiri,” katanya.

Sementara itu pada majlis yang sama, pengamal media dari pelbagai agensi media tempatan turut menerima Anugerah Solidariti Media 2022 dalam pelbagai kategori selepas acara itu dijalankan secara dalam talian tahun lalu dan dihentikan sejak 2019 akibat pandemik.

Acara anjuran GeramM dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) itu terdiri daripada pelbagai kategori seperti Twitter Trenders, Instagram Idols, Fit Fab Journalist, Wartawan Otai dan Popular Press SOS.

Mengulas mengenai majlis anugerah itu, Radzi berkata ia bertujuan untuk meraikan pengamal media yang menjalankan tanggungjawab mereka dalam menyampaikan berita kepada pengguna serta meningkatkan motivasi mereka.

Pemenang menerima kotak mengandungi cenderamata, kemeja-T dan hamper sumbangan Kelab Wartawan Kuala Lumpur & Selangor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Pengamal Media Main Peranan Penting Beri Pandangan, Ulasan - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perlindungan Untuk Pemain Industri Hiburan, Pengamal Media Sedang Diteliti - Fahmi

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah Lelaki Didakwa Hendap Jurugambar Wanita

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Peniaga Desak Kawalan Keselamatan Di Plaza Damas Dipertingkat Selepas Kes Serangan Seksual

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Sukan 10 jam yang lalu

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Politik 1 hari yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 3 jam yang lalu

KKM Keluarkan Lebih 5,000 Kompaun Kesalahan Tembakau Bernilai RM1.38 Juta

oleh Fida Ruzki

Semasa 6 jam yang lalu

MKN, KPN Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar

oleh Wartawan Getaran