web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Derita Remaja 13 Tahun, 3 Bulan Jadi Mangsa Sifu Durjana

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 7:58PM

Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas hampir tiga bulan berdiam diri, seorang remaja perempuan akhirnya nekad membongkar salah laku seksual yang dilakukan seorang guru wushu terhadap dirinya.

Mangsa yang berusia 13 tahun menceritakan perbuatan jijik itu kepada bapanya.

Pendedahan berkenaan membawa kepada penahanan jurulatih berusia 31 tahun itu pada 11 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa yang berusia 46 tahun sekitar jam 11 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, 10 Mei lalu.

Menurut beliau, siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 11 hingga 19 Februari lalu antara jam 3 hingga 4 petang dan 12 tengah malam hingga 1 pagi ketika remaja itu berada di rumah jurulatih tersebut.

“Mangsa didatangi suspek iaitu jurulatih wushu yang melakukan gangguan seksual, dengan alasan remaja terbabit gagal mematuhi arahannya.

“Mangsa juga diugut oleh suspek agar tidak memaklumkan kejadian kepada ibu dan bapanya,” katanya hari ini.

Bagaimanapun Mohd Zaid berkata, mangsa akhirnya nekad menceritakan kejadian yang berlaku kepada bapanya, sebelum lelaki berkenaan membawanya ke balai polis.

Katanya, mangsa juga telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

“Sehari selepas laporan dibuat, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun pada jam 7.50 malam untuk siasatan lanjut.

“Suspek kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. - Getaran, 21 Mei 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan