Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Etika Berpakaian Di Premis Kerajaan, Tolong Hentikan Serangan Demi Politik Murahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 3:18PM

Adnan Mat - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham bahawa ketua jabatan kerajaan perlu meningkatkan prestasi kakitangan berbanding ‘sibuk mengawasi’ pakaian pelanggan, disifatkan sebagai dangkal dan tidak bertanggungjawab.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, sebagai wakil rakyat, beliau sewajarnya ‘berganding bahu’ dengan perkhidmatan awam untuk menasihatkan orang ramai lebih bersopan dalam etika berpakaian, bagi menjaga keharmonian semua pihak.

Beliau menegaskan, peraturan dikeluarkan setiap ketua jabatan dalam aspek etika berpakaian adalah wajar dipraktikkan semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi, tidak kira swasta atau kerajaan.

“CUEPACS mengambil perhatian serius mengenai kenyataan dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Beruas, YB Ngeh Koo Ham mengenai etika berpakaian yang ditetapkan kepada orang awam ketika berurusan dengan jabatan atau agensi kerajaan.

“Tidak wajar untuk beliau memberikan contoh seorang petani berseluar pendek, Orang Asli memakai pakaian tradisional atau orang miskin tidak mempunyai wang untuk membeli pakaian sopan kerana CUEPACS yakin setiap warga Malaysia mengetahui etika dalam kehidupan, selain tidak akan sesekali melanggarnya dengan sengaja. Contoh ini sebenarnya seolah-olah menghina golongan tersebut dan CUEPACS yakin walaupun seseorang itu miskin, mereka ini tetap kaya dengan budi pekerti serta akhlak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Adnan berkata, CUEPACS yakin warga penjawat awam bijak menggunakan budi bicara atau melihat kepada keperluan semasa, sekiranya pelanggan yang hadir ke premis kerajaan mempunyai kesulitan tertentu untuk mematuhi etika berpakaian.

Justeru, katanya, CUEPACS ingin menegaskan supaya tiada pihak cuba memainkan isu tersebut demi kepentingan idealogi politik masing-masing.

Menurutnya, mana-mana pihak juga perlu mengelakkan serangan kepada perkhidmatan awam hanya dengan tujuan atau kepentingan politik yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, Adnan berkata, penjawat awam sentiasa menekankan aspek perkhidmatan diberikan kepada orang ramai mestilah berada pada tahap terbaik. 

Aspek kesopanan ini, katanya, adalah antara elemen dituntut dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’.

“Ia sering saja diikrarkan oleh kita. Maka dalam konteks ini sewajibnya semua pihak mengambil pandangan positif terhadap tata etika berpakaian dalam berurusan mana-mana agensi dan jabatan kerajaan.

“Marilah kita bersama-sama mengamalkan semangat keluarga Malaysia yang disarankan oleh kerajaan demi kesejahteraan dan keharmonian kita semua sebagai rakyat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Koo Ham mengingatkan ketua jabatan kerajaan untuk meningkatkan prestasi kakitangan masing-masing, berbanding mengawasi pakaian pelanggan yang berurusan di premis awam berkenaan.

Beliau turut menggesa Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali supaya mengambil tindakan terhadap ketua jabatan yang melanggar undang-undang dengan menetapkan kod pakaian kepada pelanggan terbabit, memandangkan pihak berkenaan tidak mempunyai kuasa mengenakan peraturan itu.

Malah, Ngeh berkata, orang ramai tidak sepatutnya dinafikan hak berurusan di jabatan kerajaan hanya kerana pakaian mereka, kecuali jika individu terbabit mengganggu ketenteraman awam.

“Seorang petani berseluar pendek dan bersinglet atau Orang Asli memakai pakaian tradisional berhak mendapat layanan daripada penjawat awam.

“Orang miskin tidak mempunyai wang untuk membeli pakaian sopan juga berhak untuk dilayan penjawat awam,” katanya. – Getaran, 21 Mei 2022

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 7 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029