web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Remaja Disaran Ambil Dos Penggalak COVID-19 Dengan Syarat 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 11:47AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan agar semua bakal jemaah haji remaja berusia 12 hingga bawah 18 tahun untuk mengambil suntikan dos penggalak COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemberian dos tersebut sebagai langkah tambahan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di kalangan jemaah terbabit semasa berada di Tanah Suci.

Bagaimanapun katanya, pengambilan dos penggalak di kalangan bakal jemaah haji remaja perlu dibuat berdasarkan beberapa syarat tertentu.

“Antaranya, mereka perlu menerima dos penggalak sekurang-kurangnya dalam tempoh lima bulan selepas menerima dos kedua vaksin primer.

“Bagi remaja yang sudah lengkap dos primer tetapi dijangkiti COVID-19, mereka layak menerima dos penggalak sebaik sahaja pulih sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Khairy berkata, memandangkan jemaah haji juga perlu mengambil suntikan lain seperti meningococcal, influenza atau pneumococcal, pemberian dos penggalak COVID-19 boleh diberikan dalam sela masa dua minggu sebelum atau selepas vaksin lain diberikan.

“Semua bakal jemaah haji terlibat boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang masih beroperasi.

 “Mereka juga perlu membawa dokumen sokongan berkaitan seperti bukti surat tawaran menunaikan haji,” katanya.

Terdahulu, Khairy turut menyarankan semua bakal jemaah haji yang berusia 60 tahun dan ke atas serta jemaah berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk supaya mendapatkan dos penggalak kedua sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Katanya, langkah itu bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di kalangan jemaah haji semasa berada di Tanah Suci dengan mengambil kira perhimpunan yang ramai serta melibatkan jemaah haji dari seluruh dunia.

Pada tahun ini, kerajaan Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji kepada sejuta jemaah haji dari semua negara setelah dua tahun ditangguhkan akibat pendemik COVID-19.

Seperti negara-negara lain, kuota haji yang ditawarkan kepada Malaysia pada tahun ini dihadkan kepada hanya 45 peratus iaitu 14,306 jemaah berbanding 31,600 orang pada 2019.

Sebagai langkah pencegahan dan kawalan, kerajaan Arab Saudi menetapkan semua jemaah haji perlu mendapatkan vaksinasi lengkap sebelum berlepas ke Makkah.

Mereka turut mengesyorkan pengambilan dos penggalak untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 terutamanya di tempat sesak dan juga di dalam pengangkutan awam di negara tersebut. 

Difahamkan, penerbangan bagi kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijadual berlepas pada 31 Mei ini, selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan. - Getaran, 21 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad