web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cakna Kesihatan Diri, Pastikan Ibadah Haji Tidak Terganggu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 2:05PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah haji digesa lebih cakna dalam aspek penjagaan kesihatan bagi memastikan ibadah mereka di tanah suci dapat ditunaikan dengan sempurna.

Pemeriksa Bakal Haji Berdaftar, Dr Jannatul Madihah Abu Bakar berkata, haji merupakan antara ibadah jasmani (badaniyyah) yang memerlukan kekuatan fizikal dan stamina untuk setiap rukun dilaksanakan.

Menurut beliau, amat penting bagi seseorang bakal jemaah haji itu menyediakan dirinya dari segi fizikal dan bukan hanya bersandarkan kepada segi kewangan serta pengetahuan semata-mata.

“Tahun ini kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa jemaah haji mestilah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik yang tidak terkawal dan lengkap sijil vaksinasi COVID-19, di samping perlu mengemukakan keputusan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum masa berlepas.

“Disebabkan pengumuman kuota diumum lewat dan TH terpaksa memperketatkan syarat serta beberapa garis panduan, kebanyakan jemaah yang menghidap penyakit kronik tidak sempat melakukan rawatan susulan bagi membenarkan mereka untuk menunaikan ibadah tersebut,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Setiausaha Exco Wanita, Remaja dan Kanak-Kanak (WARAK) Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) mengakui, walaupun dunia tidak dilanda wabak COVID-19, setiap tahun akan ada jemaah yang terpaksa menolak tawaran menunaikan haji atas faktor kesihatan.

Dr Jannatul Madihah Abu Bakar
Dr Jannatul Madihah Abu Bakar

“Sebenarnya, kadangkala bukanlah penyakit itu sendiri menjadi penghalang, tetapi kegagalan mereka untuk mendapatkan rawatan dan memenuhi janji temu sehingga menyebabkan mengakibatkan penyakit sedia ada tidak stabil dan sukar untuk dikawal.

“Ini berlaku kepada beberapa kes yang pernah dilihat sepanjang saya menjadi panel pemeriksa bakal haji,” katanya.

Gesaan itu turut disokong Pensyarah Pergigian dan Anatomi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Aspalilah Alias yang berharap agar kesukaran dalam menempuh suasana pandemik COVID-19 mampu menjadi titik tolak kepada permulaan kehidupan lebih sihat.

Jelasnya, penjagaan kesihatan bukan hanya disebabkan kelayakan untuk menunaikan haji, namun ia perlu dipraktikkan menerusi ibadah mahupun aktiviti kehidupan seharian.

“Mulakan dengan menjalani pemeriksaan di klinik berdekatan dan pastikan kita mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang seimbang dan bagi yang masih merokok, berhentilah merokok.

“Jangan jadikan kelalaian dalam menjaga kesihatan menjadi penghalang kepada melaksanakan rukun Islam yang kelima ini.

“Berdoalah kepada Allah agar menjadi tetamuNya. Pada masa sama, kita hendaklah menjaga diri, menjaga kesihatan, menambah ilmu dan amal serta bersungguh-sungguh membaiki diri supaya Allah berikan kita haji yang mabrur,” katanya.

Lantaran itu, beliau menasihatkan orang ramai, khususnya bakal jemaah agar mempunyai perancangan rapi dan sistematik yang wajib dilakukan menurut peraturan Islam sebelum berangkat mengerjakan ibadah haji.

“Istitha’ah atau berkemampuan itu adalah apabila seseorang itu memiliki harta yang mencukupi untuk mengerjakan haji danumrah, termasuk tambang pengangkutan, perbelanjaan pergi dan balik, bayaran visa pasport perjalanan dan upah pemandu haji dan umrah sebagaimana dikehendaki pemerintah.

“Kesemua harta itu mestilah lebihan daripada jumlah hutang dan perbelanjaan ahli keluarganya selama mana ketiadaannya.

“Ia juga termasuk dengan kemampuan kesihatan yang membolehkan seseorang itu melakukan ibadah tanpa mendatangkan mudarat,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 255 petugas perubatan akan dihantar ke Arab Saudi bagi membantu Tabung Haji (TH) melancarkan perjalanan ibadah haji tahun ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah itu merangkumi 128 petugas berpengalaman menyertai operasi sebelum ini manakala 127 lagi adalah petugas baharu.

Katanya, kumpulan petugas perubatan itu terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan seperti perubatan, farmasi, jururawat, pembantu perawatan kesihatan dan penjagaan rohani.

Khairy berkata, petugas perubatan KKM akan menilai kesesuaian pesakit sebelum boleh dimulakan dengan rawatan ubat Paxlovid.

Menurut beliau, selain rawatan ubat Paxlovid, langkah pencegahan dan kawalan infeksi akan dipertingkatkan bagi mengawal penularan COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain. - Getaran, 19 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad