web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Iktiraf Kanabis, Ramai Pesakit Perlu Untuk Rawatan - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 7:35PM

Syed Saddiq. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan harus mengiktiraf kanabis untuk perubatan, memandangkan ramai pesakit memerlukannya sebagai rawatan alternatif.

Pengerusi Kaukus Medical Marijuana, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, golongan tersebut bukan kumpulan yang mengedar kanabis untuk mengaut keuntungan wang semata-mata.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, sudah tiba masanya Malaysia mengikut jejak langkah lebih 40 buah negara dalam mengiktiraf kanabis sebagai alternatif perubatan.

“Langkah diambil di negara lain ini juga perlu dilihat sebagai satu dorongan untuk kumpulan kesihatan Malaysia menawarkan perubatan alternatif ini dengan segera.

“Malah, badan kesihatan dunia seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengiktiraf bahawa penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan ini sebagai alternatif kepada pesakit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Syed Saddiq yang juga Presiden  Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menambah, beliau sudah berjumpa dan melakukan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung penggunaan kanabis di negara ini.

Tambahnya, antara ditegaskan beliau adalah bagi memberi kuasa kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat pertimbangan lebih mendalam mengenai isu penggunaan kanabis.

Malah, jelas Syed Saddiq, hakim juga perlu diberi lebih kuasa dan kelonggaran dalam menilai kes berkaitan penggunaan kanabis untuk perubatan.

“Ia kerana kita perlu mengendalikan kes ini dengan cermat supaya pesakit yang terpaksa menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan diberikan kelonggaran yang sewajarnya dengan tujuan penggunaan mereka,” katanya.

Malah, beliau memberitahu, hukuman gantung adalah hukuman terlampau berat kepada pesakit hanya kerana masalah kesihatan dialami memerlukan mereka untuk mencari perubatan alternatif seperti kanabis dan hem.

“Tindakan pesakit mencari perubatan alternatif ini tidak boleh sesekali disamakan dengan jenayah bunuh misalnya apabila hukuman gantung dikenakan,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad