Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Emas Diraih, Malaysia Gagal Perbaiki Kedudukan Keenam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 8:10AM

Andre Anura meraikan kejayaannya merangkul pingat emas dalam acara lompat kijang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Olahraga, berbasikal bukit dan snuker, menyumbangkan empat pingat emas buat kontinjen Malaysia pada hari ke-10 temasya Sukan SEA Ke-31 di sini, semalam.

Namun, pencapaian itu gagal membantu kem negara untuk memperbaiki kedudukan dalam carta kutipan pingat, apabila Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Ketika beberapa acara ketandusan pingat emas, skuad olahraga negara cemerlang apabila menghadiahkan dua emas menerusi jaguh lempar cakera lelaki, Muhammad Irfan Shamsuddin dan atlet lompat kijang Andre Anura Anuar, manakala gangsa daripada Norliyana Kamaruddin dalam acara heptatlon.

Selepas meraih satu perak dan satu gangsa semalam, skuad berbasikal bukit terus memperagakan kayuhan cemerlang, apabila melakar sejarah merangkul pingat emas pertama acara berganti-ganti rentas desa campuran, hari ini.

Kejayaan dicapai gandingan Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon itu, adalah emas pertama Malaysia dalam sukan berkenaan sepanjang penyertaan pada Sukan SEA, dengan pencapaian terbaik sebelum itu ialah pingat perak pada edisi 2011.

Atlet snuker Lim Kok Leong juga memastikan pingat emas Sukan SEA kekal dalam genggaman Malaysia apabila menjuarai acara perseorangan 6-Red lelaki.

Pemain berusia 27 tahun itu, mengalahkan Jefrey Roda dari Filipina 5-3 pada perlawanan akhir bagi memenangi pingat emas individu pertamanya di Sukan SEA, selepas acara itu ditandingkan semula pada temasya dwitahunan, selepas sembilan tahun.

Di Pusat Akuatik My Dinh, skuad renang menutup saingan dengan pencapaian masing-masing satu perak dan gangsa, selain memecah satu rekod kebangsaan pada aksi final.

Gandingan Welson Sim, Lim Yin Chuen, Arvin Shaun Singh Chahal dan Khiew Hoe Yean, membutirkan pingat perak menerusi acara 4x200 meter (m) gaya bebas lelaki dengan catatan masa tujuh minit dan 19.75 saat (s) sekali gus mencipta rekod baharu kebangsaan.

Pingat gangsa negara di kolam renang pula disumbangkan Job Tan dalam acara 200m kuak dada lelaki.

Sementara itu, skuad sepak takraw lelaki gagal melakukan kejutan ke atas jaguh dunia, Thailand apabila meraih perak acara antara regu manakala pasukan wanita negara terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Pasangan adik beradik, Syed Afiq Fakhri Syed Ali dan Sharifah Afiqah Farzana, juga terpaksa berpuas hati merangkul gangsa pada penampilan sulung mereka dalam acara doubles campuran (mixed doubles), hari ini.

Pencapaian meraih empat emas, dua perak dan empat gangsa hari ini menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan keenam, dengan tuan rumah Vietnam masih mendahului dengan 101 emas, 65 perak dan 64 gangsa.

Thailand berada di tempat kedua setelah mengutip 43 emas, 45 perak dan 63 gangsa, diikuti Filipina 34-39-51, Singapura 30-32-36 dan Indonesia di kedudukan kelima dengan kutipan pingat 27-40-38.

Beberapa acara bakal menjadi tumpuan kem Malaysia pada hari ke-11 hari ini, menyaksikan pemain golf lelaki dan wanita, masing-masing akan bersaing dalam acara berpasukan menentang Thailand.

Pasukan badminton lelaki turut akan berdepan Thailand dalam final acara berpasukan, manakala acara memanah menyaksikan Khairul Anuar Mohamad-Syaqiera Mashayikh membuat perhitungan berdepan wakil Indonesia, Reza Octavia-Riau Ega Agatha Salsabila dalam acara berpasukan campuran recurve.

Acara trek dan balapan akan bersambung esok, dengan Nauraj Singh Randhawa dijangka mempertahankan emas acara lompat tinggi lelaki manakala Muhammad Azeem Fahmi dan Muhammad Arsyad Md Saat, akan membawa cabaran bagi acara 100m lelaki. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Malaysia Bukan Condong Kepada China, Namun Memang Dekat Secara Geografi - PM

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

UTP Kekal Kedudukan Sebagai Universiti Kejuruteraan Terbaik Malaysia

3

Sukan 11 bulan yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

4

Sukan 11 bulan yang lalu

Peluang Kem Negara Capai Sasaran 40 Emas Hampir Mustahil

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad