web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemandu Treler Didakwa Memandu Secara Berbahaya, Sebabkan Kematian 5 Pelajar USAS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 6:44PM

Pemandu treler, Mohammad Amirul mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dibacakan. - Gambar fail Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Seorang pemandu treler didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan memandu dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lima pelajar yang rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar pada Khamis lepas.

Mohammad Amirul Aznizam Razali, 28, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Tertuduh didakwa sebagai pemandu treler jenis Volvo telah memandu kenderaan itu di atas jalan raya dengan berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, 19, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada kira-kira pukul 1 pagi 12 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama iaitu penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000 jika sabit kesalahan serta butiran sabitan diendors pada lesen memandu orang yang disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Mohammad mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan lesen digantung sehingga kes selesai.

Bagaimanapun peguam G Ravishankar yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan tiga anak berusia dua hingga 14 tahun.

Mohd Shazmeer memerintahkan lesen tertuduh digantung dan membenarkan tertuduh diberikan jaminan berjumlah RM20,000 iaitu RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 30 Jun depan untuk sebutan semula kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad