web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Harian COVID-19 Menurun Bawah 2,000, 5 Kematian 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 11:29AM

Kes harian COVID-19 kembali menurun ke paras 2,000 kes dengan 5 kematian direkodkan semalam. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 dalam negara kembali menurun ke paras 2,000 kes dengan 1,697 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,479,809 kes.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 1,697 kes tempatan dan tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak lima lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Melaka dengan dua kes manakala masing-masing satu kes di Johor, Sarawak dan Selangor.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,620 dengan 7,543 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 30,879 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.2 peratus atau 29,693 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 23 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,123 orang atau 3.6 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 40 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 1,548 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,413,310 kes. 

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 1.04 dengan Putrajaya mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.10, diikuti Sabah (1.04), Kuala Lumpur (1.03), Pulau Pinang (1.01), Negeri Sembilan (0.95) manakala Kedah dan Pahang masing-masing 0.93. - Getaran, 17 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad