Berita Terkini

6 jam yang lalu: PM Ismail Sabri terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon di Jepun sebagai pengiktirafan usaha dan sumbangan dalam perangi COVID-19 9 jam yang lalu: Kes serangan seksual Bill Cosby bermula di California 9 jam yang lalu: 3 pendatang maut ketika bot penyeludup karam di Mexico 9 jam yang lalu: TikTok membolehkan pencipta kandungan mengenakan bayaran langganan bulanan 9 jam yang lalu: PBB berkata negara kaya membahayakan kanak-kanak di seluruh dunia

IKUTI KAMI


Pengundi Muda Perlu Lebih Cakna, Celik Sistem Demokrasi Berparlimen - PM

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 3:18PM

Ismail Sabri mahu pengundi muda lebih celik dan cakna mengenai sistem demokrasi berparlimen.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengundi muda diharap lebih celik dan cakna tentang sistem demokrasi berparlimen serta peranan mereka, serentak dengan pelaksanaan Undi18.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, golongan belia diharapkan dapat meningkatkan jati diri sebagai warganegara dengan menjalankan tanggungjawab untuk tampil mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

"Pada 12 Mac lalu, negara mencipta sejarah baharu apabila golongan belia julung kalinya diberi hak dan mandat untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor, yang mencatat peningkatan kira-kira 28 peratus pengundi dengan penambahan hampir 750,000 pengundi berusia 18 tahun ke atas.

"Ia termasuk dalam keseluruhan 2.6 juta pengundi berdaftar susulan pendaftaran automatik Undi18," katanya dalam perutusan sempena Hari Belia Negara (HBN) 2022 bertemakan ‘Ini Masa Kita’ yang disiarkan secara langsung hari ini.

Perdana Menteri berkata, jumlah pengundi belia berusia antara 21 ke 40 tahun pada 2020 ialah 6.2 juta iaitu 40.8 peratus daripada keseluruhan 15.3 juta pengundi berdaftar.

“Penglibatan anak muda yang dilihat semakin meningkat dalam arena politik negara merupakan petanda positif serta perlu dikembangkan lebih meluas.

“Pelaksanaan pindaan akta itu dapat meramaikan pemimpin belia berumur di bawah 30 tahun, seterusnya memberi ruang kepada golongan itu untuk mengasah bakat kepimpinan dan mencari pengalaman sebanyak mungkin menerusi ruang yang ditinggalkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Ismail Sabri berkata, kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan tujuh kategori baharu dalam Anugerah Perdana Belia Negara tahun ini.

Jelasnya , inisiatif itu dilaksana dengan tujuan menyuntik semangat golongan belia untuk terus menyumbang bakti kepada pembangunan negara.

"Tujuh anugerah baharu yang diperkenalkan termasuk Ikon Belia Karismatik, Ikon belia Kelestarian Alam, Ikon Belia Reka Tekno dan Ikon Belia Influencer (Media Sosial).

"Turut diperkenalkan Ikon Belia Sanjungan Budi, Ikon Youth-Biz serta Ikon Belia OKU," tambahnya.

Menurut Ismail Sabri, Anugerah Perdana Belia Negara akan dilaksanakan dalam majlis khusus bermula tahun ini.

"Saya juga berbesar hati mengumumkan bermula tahun ini, ia akan dilaksanakan dalam majlis khusus penuh gemilang, menggunakan logo tetap sambutan HBN, sebagai komitmen kerajaan mengiktiraf pelaksanaan program yang meraikan golongan belia negara," ujarnya. - Getaran, 15 Mei 2022.

Sorotan

1

Peningkatan HFMD Dijangka Susulan Sambutan Hari Raya - KP Kesihatan

2

Bekas Pengetua Dilepas Dan Dibebas Tuduhan Amang Seksual

3

Demi Jayakan Babak Aksi, Marsha Tak Kisah Lebam Badan 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sukan SEA: Malaysia Tamatkan Cabaran Di Tempat Ke-6

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Kaunter Permohonan Pasport Di UTC Dilanjutkan Hingga 10 Malam

Semasa 22 jam yang lalu

Jagung Sebagai Alternatif Dedak Ayam, Negeri Diminta Sedia Tanah

oleh Farhana Farush

Politik 21 jam yang lalu

Tak Puas Hati, 8 Cabang PKR Laksana Undi Semula - JPP

oleh Aiman Sadiq