web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Beradik Kongsi Kerjaya Sebagai Guru

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 2:01PM

Mohd Muzammil (kiri) dan Saiful Adli, tidak pernah menjangka akan berkongsi kerjaya yang sama, menjadi guru. Seorang lagi adalah kakak sulung mereka, Noor Hasmihan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Tidak pernah merancang, semuanya hanya kebetulan. Itu kata-kata seorang daripada anak kepada peniaga Ab Rahim Kudin, 68, dan suri rumah Manisah Pandi, 63, yang kini ketiga-tiganya bergelar warga pendidik.  

Anak bongsu pasangan itu, Mohd Muzammil, 29, berkata beliau dan abangnya Saiful Adli, 38, serta kakak sulung mereka Noor Hasmihan, 43, sama sekali tidak menjangkakan akan berkongsi kerjaya yang sama.

Beliau yang mula menjadi tenaga pengajar pada 2017 dan kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Terentang, di sini, berkata selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, beberapa permohonan untuk menyambung pelajaran telah dibuat, namun Institut Pendidikan Guru (IPG) terlebih dahulu menawarkan tempat.

“Laluan di IPG nampaknya lebih mudah buat saya, dan alhamdulillah tahun ini sudah lima tahun bergelar seorang guru. Dahulu hanya melihat kakak dan abang bergelar cikgu, kini giliran saya pula," katanya kepada Bernama dalam temu bual sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun.

Berkongsi kelebihan mempunyai adik-beradik yang berkerjaya sama, Mohd Muzammil yang merupakan guru Bahasa Melayu dan seorang daripada johan Bahas Guru Peringkat Kebangsaan 2021 berkata mereka kerap bertukar-tukar pandangan terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Semuanya cikgu termasuk abang ipar saya, jika berkumpul adik-beradik isu yang kerap timbul selain PdP adalah berkaitan murid dan sekolah, sentiasa ada benda yang kami nak bincangkan.

"Malah, saya juga kerap bertanyakan pandangan kakak dan abang yang terlebih dahulu ‘makan garam’ dalam bidang ini," katanya yang aktif membimbing muridnya dalam pantun sehingga bergelar juara peringkat kebangsaan tahun lepas.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 itu turut berkata kakaknya yang memulakan kerjaya sebagai warga pendidik pada 2004, kini bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Sungai Danga, Johor Bahru, Johor.

Lebih membanggakan, Mohd Muzammil dan Saiful Adli masing-masing kini di peringkat akhir pengajian  Ijazah Sarjana Pengajian Melayu dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengukuran dan Penilaian Pendidikan di Universiti Malaya.

Saiful Adli, guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah, di sini pula berkata minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan mendorong beliau menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi.

"Selain itu, isteri saya yang merupakan seorang doktor gigi juga antara motivasi untuk sambung belajar. Saya percaya dengan penyelidikan juga kita mampu mendapat ilmu baharu dan berkongsi semula dengan masyarakat," katanya yang berharap ibu bapanya bangga dengan kejayaan mereka tiga beradik.

Mengulas lanjut, beliau yang merupakan penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) biasiswa Kementerian Pendidikan (KPM) berkata antara cabaran yang dihadapinya adalah sentiasa perlu mengekalkan motivasi untuk menyiapkan penulisan penyelidikan supaya dapat menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan.

“Apabila sambung pengajian di peringkat ini, kita perlu banyak membaca dan harus melakukannya bersungguh-sungguh," kata bapa kepada dua anak itu yang menyambung pengajian secara sepenuh masa.  

Dalam pada itu, kedua-dua beradik berkenaan turut berharap anak didik mereka dapat mengadaptasi ilmu yang dipelajari ketika di sekolah dalam kehidupan seharian sejurus meninggalkan alam persekolahan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan