web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Negara Catat 28,957 Kes HFMD Bagi Tempoh Januari Hingga Semalam - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 May 2022 5:11PM

Khairy mendengar penerangan mengenai kesihatan mental daripada Pegawai Psikologi Kaunseling Unit NCD Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Nursyafiqah Shahifuddin pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Kota, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Terdapat peningkatan ketara kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara dengan 28,957 kes dilaporkan bagi tempoh Januari lepas hingga semalam berbanding hanya 4,239 kes bagi keseluruhan tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjangkakan peningkatan itu berikutan pembukaan semula semua sektor ekonomi termasuk pengoperasian kembali sektor pendidikan secara bersemuka selain taska dan tadika.

“Ia satu peningkatan mendadak tetapi memang dijangkakan sebab tahun lepas kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi  tak boleh keluar, sekarang dah boleh keluar dengan sektor pendidikan dibuka, maka HFMD akan meningkat, kita dah kembali kepada normal, memang ini akan berlaku.

“Ia juga sebagai peringatan kepada orang ramai supaya jaga kebersihan kendiri kerana selama dua tahun kita tak pernah fikir penyakit lain selain COVID-19.. kita jangan lupa COVID-19 dapat diurus dengan baik tetapi kita masih berdepan penyakit berjangkit lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta ibu bapa untuk memanfaatkan aplikasi MySejahtera yang mempunyai ciri-ciri mengetahui kes penyakit berjangkit di kawasan berhampiran sekali gus mengelakkan penyakit berkenaan untuk dijangkiti serta sentiasa menyemak dengan pihak sekolah sekiranya ada kes dilaporkan.

“MySejahtera bukan untuk kesan tapi pelaporan.. kes yang disahkan oleh pejabat kesihatan daerah akan dilapor disitu, jadi pengguna dapat cek berapa banyak kes dalam komuniti. Kita kawal melalui hebahan supaya tahu titik panas, dalam MySejahtera boleh tengok titik panas kes HFMD,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat keperluan untuk menutup sekolah setakat ini, Khairy berkata ia perlu dilihat dengan keadaan semasa dan protokol yang dikeluarkan pejabat kesihatan masing-masing selain ibu bapa perlu sentiasa berwaspada dengan penularan kes itu.

Sementara itu beliau berkata kes COVID-19 mengalami sedikit peningkatan setelah hampir dua minggu memasuki Syawal, dan beliau turut menggalakkan orang ramai untuk terus memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak bagi mengurangkan kesan jangkitan COVID-19.

Khairy turut mengajak orang ramai terutama warga emas berusia 60 tahun ke atas serta mempunyai penyakit kronik yang sudah melepasi enam bulan selepas dos penggalak untuk menerima satu lagi suntikan COVID-19 secara sukarela bagi meningkatkan imuniti diri. - Bernama

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

Semasa 12 jam yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 16 jam yang lalu

Lawatan Ke 3 Negara Asia Tengah Berjaya Jana Pelaburan Lebih RM2.1 Bilion - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Sukan 16 jam yang lalu

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia