Berita Terkini

1 jam yang lalu: Khairy ucap tahniah kepada rakyat Malaysia daripada segi tingkah laku yang baik pada fasa peralihan ke endemik 1 jam yang lalu: Rakyat Malaysia berkemampuan jayakan fasa peralihan ke endemik - Khairy 3 jam yang lalu: Sukan SEA 31: Atlet menembak Johnathan Wong sumbang emas ke-28 negara selepas ungguli final 10m Air Pistol lelaki hari ini 3 jam yang lalu: Penularan wabak monyetpox yang jarang ditemui dikesan di Amerika Utara, Eropah 4 jam yang lalu: 30.4 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

IKUTI KAMI


20,000 Individu B40 Terima Bantuan SUNWAY

Semasa Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 2:15PM

Razman (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada golongan B40 di Masjid Al-Husna, Selangor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 20,000 benefisari golongan B40 termasuk yang terkesan jangkitan penyakit HIV/AIDS  menerima sumbangan SUNWAY dengan kerjasama Yayasan AIDS Malaysia (MAF) bagi meringankan beban golongan itu, khususnya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jalinan kerjasama antara badan korporat serta gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyasarkan bantuan berbentuk barangan dapur, keperluan asas dan bantuan kewangan bersempena sambutan bulan Syawal.

Naib Pengerusi Kumpulan SUNWAY, Tan Sri Razman M. Hashim berkata, kerjasama jangka masa panjang itu juga berupaya membantu golongan B40 yang hidup dengan HIV (PLHIV) di Sabah dan Sarawak, khususnya menerusi pelaksanaan Program Jangkauan Bantuan Kesihatan Sunway untuk Semua (HOPE).

Menurut beliau, tanggungjawab sosial korporat (CSR) merupakan sebahagian daripada DNA pihaknya, dan inisiatif yang dikenali sebagai #SunwayforGood telah memanfaatkan lebih setengah juta penerima sejak ia dimulakan pada tahun 2017.

“Tahun ini, sejajar dengan usaha menjadi lebih inklusif, kami telah menjalin kolaborasi jangka panjang bersama MAF. Setiap program di bawah inisiatif #SunwayforGood adalah peluang untuk kami mendekati lebih banyak keluarga yang memerlukan bantuan. 

“Ia merupakan janji kami untuk terus cuba sedaya upaya melakukan segala yang mampu bagi meneraju perubahan dalam kehidupan mereka,” katanya hari ini.

Kerjasama antara SUNWAY dan MAF bermula sejak Disember tahun lalu, apabila syarikat yang terkenal dengan projek perumahan serta taman tema air itu turut serta menjadi rakan kongsi kelestarian rasmi NGO tersebut.

Matlamat kerjasama ini tertumpu pada penganjuran Majlis Anugerah Tun Dr. Siti Hasmah Sunway-MAF yang diadakan secara tahunan.

Ia serentak dengan sokongan jangka panjang Sunway terhadap projek utama MAF yang menghulurkan perkhidmatan kepada golongan masyarakat kurang bernasib baik, termasuk PLHIV di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Pengerusi MAF, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, pihaknya amat terharu dengan keprihatinan SUNWAY terhadap komuniti terpinggir PLHIV.

“Usaha mengisi kekurangan mereka adalah penting terhadap misi kami untuk membanteras penularan jangkitan AIDS, malah ia sejajar dengan matlamat MAF untuk mencetus tindak balas yang lebih mampan terhadap epidemik. 

“Oleh itu, kami teruja untuk meneroka usahasama berterusan bersama Sunway agar meningkatkan akses kepada ubat antiretroviral untuk pesakit yang kurang bernasib baik daripada segi ekonomi, terutamanya di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak,” katanya.

Selain kerjasama SUNWAY-MAF, divisyen perniagaan konglomerat itu seperti Sunway Theme Parks, Sunway Malls, Sunway Property, Sunway Hospitality, Sunway Healthcare Group, Sunway PALS dan Sunway Pharmacy turut bergabung tenaga dengan rakan kongsi utama lain seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS), Selangor Youth Community (SAY), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mutiara Food Bank dan Persatuan Kebajikan Anak Muda Balik Pulau.

Ia bagi memenuhi misi mengedarkan keperluan asas seperti barangan dapur, bubur lambuk, juadah berbuka puasa, juadah raya, pensanitasi tangan, sabun mandian, vitamin C, pelitup muka, biskut raya, kicap, payung, set kopi 3 dalam 1, set alat tulis dan baucar tunai sepanjang tempoh dua bulan, bermula dari April hingga Mei 2022.

Sejak dilancarkan, #SunwayforGood telah memanfaatkan kehidupan lebih setengah juta penerima, dan kini syarikat itu menyasarkan untuk memberi impak positif terhadap jutaan penduduk di seluruh negara menjelang sambutan Jubli Emas ulang tahun ke 50 penubuhan Sunway pada 2024. – Getaran, 14 Mei 2022.

Sorotan

1

FINAS Bantu Penggiat Industri Kreatif Tingkat Kualiti Filem Negara Menerusi MyLAB

2

Mengubah Negara Menjadi Gergasi Sukan Komersial Dengan L‘Etape M‘sia

3

COVID-19, Kes Harian, Kematian Kembali Meningkat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Penghapusan AP Makanan Elak Monopoli Kartel - PM

oleh Sofian Baharom

Politik 1 hari yang lalu

Najib Seorang ‘Pakar Menipu’, Kata Khalid Samad

Sukan 1 jam yang lalu

Mengubah Negara Menjadi Gergasi Sukan Komersial Dengan L‘Etape M‘sia

oleh Julie Jalaluddin

Semasa 47 minit yang lalu

Penghapusan AP Makanan Penyelesaian Jangka Pendek, Tak Mampu Kekal Lama - Pakar

oleh Sofian Baharom