web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Identiti 3 Jenazah Pelajar USAS Dikenalpasti, Menerusi Rekod Pergigian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 9:25PM

Jenazah salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Km 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar, tengah malam Rabu, dibawa ke hospital semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Identiti tiga lagi jenazah pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini tengah malam Rabu, telah dikenal pasti menerusi rekod pergigian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata identiti ketiga-tiga mayat telah disahkan berdasarkan perbandingan dengan rekod pergigian dari klinik dan institut pergigian lain ketika proses pengecaman di Hospital Taiping.

“Mayat dijangka diserahkan kepada waris selepas selesai proses pengecaman sebentar lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rekod pergigian itu digunakan pihak forensik di Hospital Taiping, berikutan keadaan mayat yang sukar dikenal pasti bagi proses pengecaman.

Mereka ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, yang memandu kereta ketika kejadian dan beralamat di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, penumpang tengah belakang yang beralamat di Bandar Baru Selayang, Selangor.

Seorang lagi ialah Iqbal Hasnun Halimi, 23, yang duduk di bahagian penumpang belakang kanan dan beralamat di Senai, Johor.

Pagi tadi, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Taiping bagi proses bedah siasat yang selanjutnya hari ini dan kesemua jenazah akan disembahyangkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun di USAS di sini, sebelum dibawa pulang ke kampung masing-masing bagi urusan pengkebumian.

Malam tadi, dua daripada lima pelajar USAS itu  telah dikenal pasti oleh ahli keluarga menerusi proses bedah siasat di Hospital Kuala Kangsar.

Dua jenazah yang dapat dicamkan pada hari kejadian itu ialah Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, yang beralamat di Parit Buntar, Perak dan dipercayai duduk di bahagian penumpang belakang, serta Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Kemaman, Terengganu yang duduk di tempat penumpang hadapan dan telah selamat dikebumikan di kampung masing-masing. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad