Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buli Doktor Pelatih: Mantan KSU MOSTI Terajui Pasukan Petugas Khas KKM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 8:32PM

Dr Siti Hamisah Tapsir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Profesor Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah Tapsir, dilantik mengetuai Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pasukan petugas bebas itu yang ditubuhkan secara rasmi hari ini, turut dianggotai lapan individu profesional dan pakar dalam bidang masing-masing.

Katanya, lapan individu terbabit adalah Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Hamidah Naziadin; Pakar Pediatrik, Profesor Dr Zabidi A M Hussin; Peguam, Mohamed Ridza Mohamed Abdulla serta Pakar Perunding Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif IMU Healthcare, Dr Chong Su-Lin; Peguambela Pesakit Antarabangsa, Manvir Victor; Pakar Reka Bentuk Organisasi, Sivaramakrishnan Balasubramanian dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Selain daripada insiden melibatkan kematian seorang Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang (HPP), terdapat laporan dan aduan diterima berkaitan kejadian buli serta masalah tekanan mental dihadapi, bukan sahaja PPS, malah kakitangan perkhidmatan kesihatan semasa melaksanakan perkhidmatan mereka.

“Justeru mengambil kira kepentingan perkhidmatan kesihatan oleh KKM kepada negara dan pembangunan modal insan, skop serta terma pasukan itu akan merangkumi aspek budaya kerja dan pengurusan sumber manusia kakitangan kesihatan.

“Ini untuk memastikan penyampaian mutu perkhidmatan yang berkualiti serta professional,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Khairy Jamaluddin - Gambar fail
Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Jelas Khairy, pasukan tersebut adalah sebuah badan bebas yang keanggotaannya dinilai dan ditentukan oleh beliau selaku Menteri Kesihatan. 

Menurutnya, pasukan tersebut mempunyai enam fokus perlu diberi keutamaan, termasuk membuat analisa dan penilaian budaya kerja, pengurusan sumber manusia kakitangan perkhidmatan kesihatan secara umum dan PPS secara khusus.

“Ia merangkumi aspek masa dan beban kerja, saluran aduan, kepimpinan, bimbingan dan latihan, penilaian prestasi, penyampaian perkhidmatan, serta peluang kerjaya. Pasukan itu juga akan menganalisa maklumat dan hasil siasatan insiden kematian PPS di HPP.

“Mereka akan memanggil dan mendapatkan penerangan mengenai budaya kerja serta proses pengurusan sumber manusia bagi perkhidmatan kesihatan.

“Ia akan melibatkan sesi taklimat dan libat urus bersama bahagian berkaitan, kakitangan KKM, badan berkanun, badan bukan kerajaan serta mana-mana pihak atau individu berdasarkan keperluan,” katanya.

Malah, katanya, pasukan itu akan mencadangkan lantikan pihak perunding berkaitan kepada KKM bagi tujuan menyokong fungsi dan peranan pasukan tersebut jika perlu.

“Mereka juga akan menjalankan kaji selidik dan analisa berkaitan, selain menyediakan laporan penilaian, cadangan penambahbaikan budaya kerja serta pengurusan sumber manusia kakitangan perkhidmatan kesihatan dan PPS.

“Laporan itu juga akan dibentangkan kepada saya dalam tempoh dua bulan dari tarikh penubuhan,” katanya.

Pada masa sama, Khairy berkata, KKM amat komited dalam usaha memperbaiki suasana kerja kakitangan perkhidmatan kesihatan dan menghapuskan budaya kerja toksik di fasiliti berkenaan.

“Saya juga akui usaha ini memerlukan sedikit masa untuk membuahkan hasil, tetapi ingin saya tegaskan bahawa suasana kerja kondusif dan harmoni bermula dengan menghormati, menyokong serta sama-sama membantu rakan sekerja kita. 

“Sekarang bukan masanya untuk kita berbalah, bukan masanya untuk menuding jari. Kita sudah melalui cabaran pandemik COVID-19 bersama-sama dan alhamdulillah, berkat komitmen dan kerjasama erat antara semua petugas kesihatan, kita kini berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik,” katanya.

Akuinya, setiap petugas kesihatan sama ada jururawat, PPS, pemandu ambulans, pegawai perubatan, pegawai perubatan pakar atau mereka yang merangka pelan pengurusan pandemik, sudah melakarkan sejarah penting dalam episod COVID-19.

“KKM adalah sebuah keluarga besar dengan lebih 270,000 perjawatan dan bersama, kita mampu menyediakan sebuah sistem kesihatan yang terbaik. 

“Ingat, tanggungjawab utama kita adalah memastikan keselamatan setiap pesakit yang dirawat dan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat adalah berkualiti tinggi,” katanya.

Awal pagi tadi, Khairy mengadakan lawatan bagi mendengar pengalaman doktor pelatih di Hospital Selayang.

“Banyak perkara diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai budaya kerja bagus. Ada pula boleh diperbaiki.

“Petang nanti, saya umumkan anggota pasukan petugas bebas yang diberi masa dua bulan untuk siasat budaya kerja di hospital di bawah KKM dan isu buli serta membuat syor untuk memperbaiki keadaan work culture (budaya kerja) di kementerian,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Katanya, beliau enggan melihat hospital di negara ini dibelenggu dengan budaya toksik dalam kalangan pegawai perubatan.

“Saya tidak mahu budaya kerja toksik di hospital. Zaman dahulu dan zaman sekarang lain.

“Budaya kerja mesti ada sikap hormat-menghormati, beri sokongan antara satu sama lain dan pemerkasaan. Bukan menganiaya dan memalukan mana-mana individu,” katanya. - Getaran, 13 Mei 2022

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan

Semasa 1 hari yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 4 jam yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

Semasa 16 minit yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan