web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anggota APM Cedera Disengat Ubur-Ubur, Pengunjung Dinasihat Waspada

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 8:26PM

Obor-obor beracun yang ditangkap anggota APM Kuantan di Pantai Batu Hitam, Kuantan pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) cedera disengat obor-obor beracun ketika usaha menangkap haiwan itu di Pantai Batu Hitam di sini, hari ini.

Pegawai APM Daerah Kuantan, Kapten (PA) Zaubidah Said berkata, terdahulu kemunculan beberapa obor-obor di sepanjang pesisir pantai itu pada kira-kira jam 10 pagi, disedari anggota agensi berkenaan ketika menjalani rutin harian di situ.

Katanya, anggota APM yang ditugaskan mengawal keselamatan pengunjung di pantai berkenaan cuba menangkap haiwan laut itu.

“Tiga anggota APM berusia antara 32 hingga 34 tahun mengalami kecederaan ketika kerja menangkap obor-obor terbabit. 

“Anggota itu mengalami kecederaan selepas dipercayai terkena sengatan obor-obor berkenaan. 

“Bagaimanapun, kecederaan itu tidak terlalu serius dan mereka tidak perlu dikejarkan ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi. 

Zaubidah berkata, susulan kemunculan obor-obor, orang ramai terutama kanak-kanak yang beriadah di kawasan itu, dinasihatkan supaya tidak memegang atau mendekatinya bagi mengelak kejadian tidak diingini. 

Jelasnya, pihak APM daerah berkenaan sudah memaklumkan kepada anggota yang ditugaskan di menara kawalan Pantai Batu Hitam agar sentiasa peka dengan aduan, selain melakukan pemantauan lebih kerap di sepanjang pantai terbabit. 

“Buat masa ini kita belum tahu (tahap) risiko jika disengat obor-obor berkenaan, jadi langkah (keselamatan) awal perlu diambil bagi melindungi pengunjung,” katanya. 

Menurut Zaubidah, setakat ini pihak APM daerah berkenaan sudah menangkap 10 obor-obor dan masih banyak dikenalpasti berada di sekitar kawasan pantai itu.

Kebiasaannya, terdapat beberapa kategori atau spesis obor-obor ditemui di perairan Malaysia, termasuk daripada spesis beracun. 

Spesies obor-obor beracun itu yang dikenali sebagai ‘portuguese man o’ war’ atau nama saintifiknya ‘physalia cnidaria’, sebelum ini pernah dikesan di Pantai Kekabu, Marang, Terengganu pada Februari tahun lalu. 

Obor-obor spesies itu mempunyai ribuan sel penyengat berbisa dan boleh mengakibatkan rasa sakit melampau jika terkena badan. 

Haiwan yang biasanya dijumpai di Lautan Pasifik itu, tidak boleh berenang dan hanya bergerak mengikut arus ombak. 

Sehingga kini, belum ada antivenom ditemui bagi menghilangkan rasa sakit akibat sengatan obor-obor spesies itu. – Getaran, 13 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar