web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lori Rempuh 9 Kenderaan, 3 Cedera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 2:35PM

3 orang cedera dalam kemalangan membabitkan 9 kenderaan di Kilometer 9.2 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat Subang, malam tadi. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masalah brek dialami sebuah lori bermuatan getah beku menjadi punca kenderaan itu terbabas sebelum merempuh sembilan kenderaan lain dalam kemalangan di KM 9.2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat Subang di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor DSP Ahmad Izuddin Mohd Juhari berkata kemalangan kira-kira 11.44 malam itu menyebabkan tiga individu cedera.

Beliau berkata mereka yang cedera terdiri daripada dua warga Bangladesh iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun serta seorang kanak-kanak lelaki tempatan berusia 10 tahun.

Menurutnya hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila lori dari arah Slim River, Perak menghala Tampin, Negeri Sembilan itu terbabas dan merempuh sembilan kenderaan yang berhenti di lorong tengah serta paling kanan kerana terdapat kerja-kerja pembinaan jalan.

"Dua kanak-kanak yang tersepit cedera di kepala dan peha serta diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya lalu dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Izuddin berkata pemandu lori berusia 54 tahun itu memberikan kerjasama yang baik bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang dengan kekuatan enam pegawai serta anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kenderaan yang terjejas teruk akibat kemalangan itu adalah Perodua Axia dinaiki empat sekeluarga dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dinaiki tujuh warga Bangladesh. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan