web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HFMD: 11 Premis Berkaitan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Ditutup Di Melaka

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 11:09AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sebanyak 11 premis berkaitan pusat jagaan kanak-kanak terpaksa ditutup selepas Melaka mencatatkan 977 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), Dr Rusdi Abd Rahman berkata jumlah tersebut adalah daripada 13 kluster dilaporkan membabitkan tadika, taska, pusat jagaan dan rumah setakat minggu ini.

"Terdapat peningkatan kes HFMD setakat Minggu Epidemiologi 18 (ME18) tahun ini berbanding hanya 95 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

"Untuk itu, kita telah mengarahkan 11 premis iaitu tadika, taska dan pusat jagaan melibatkan tujuh di daerah Jasin, Melaka Tengah (tiga) dan sebuah premis di Alor Gajah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Dr Rusdi berkata selain itu, dua kes turut dilaporkan melibatkan rumah persendirian. 

Menurutnya selain pemantauan berterusan daripada JKNM, beberapa sesi pertemuan akan diadakan bersama pengusaha tadika dan taska.

Beliau berkata langkah itu penting walaupun situasi HFMD di Melaka masih terkawal, ibu bapa perlu berwaspada termasuk peka terhadap tanda-tanda penyakit itu pada anak-anak. 

"Jika ada anak-anak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti, ibu bapa dinasihatkan tidak menghantar anak-anak ke sekolah atau tadika, sebaliknya segera ke klinik untuk rawatan lanjut," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi