web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Janin Cukup Sifat Ditemui Dalam Mangkuk Tandas, 2 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 8:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua individu termasuk seorang wanita ditahan tengah malam tadi, selepas disyaki terbabit dalam kes membuang janin di dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, Selasa lalu.

Suspek masing-masing berusia 27 tahun itu ditahan di pekarangan Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur pada jam 12.15 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua mereka disyaki terbabit dalam kes penemuan janin.

Menurutnya, suspek kini direman selama tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, orang awam gempar berhubung penemuan janin yang dibuang di tandas sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, pada jam 4.57 petang, sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Hasil pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati janin tersebut cukup sifat, namun tidak diketahui bangsanya.

Janin itu dianggarkan berusia antara enam hingga lapan bulan. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad