web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terima Rasuah Tutup Kes Kereta Klon, Anggota Polis Didakwa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 2:56PM

Tertuduh (kiri) diiringi pegawai SPRM selepas selesai pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di sini, pagi tadi atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,000 daripada seorang lelaki, tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Wahab Musa, 57, didakwa melakukan kesalahan itu antara 19 Mei hingga 5 September 2021.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM1,000 daripada pengadu di Balai Polis Kuala Bera pada 19 Mei 2021, bagi mengelak tindakan diambil pihak berkuasa terhadap anak pengadu kerana memiliki kereta klon.

Pertuduhan kedua pula menyaksikan tertuduh didakwa pada 2 Jun tahun lalu kerana memperoleh RM500 daripada pengadu ketika berada di atas sebuah rumah rakit di Kampung Bukit Serdang, Kuala Bera bagi tujuan tidak mengambil tindakan terhadap anak pengadu.

Dalam pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima RM500 daripada pengadu sama di rumah rakit di kampung terbabit pada 5 September tahun lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Dia yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan syarat tambahan dia perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran sehingga perbicaraan kes itu selesai.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Jun depan. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad