web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Janda Baik Banjir Lagi, 4 Kampung Terjejas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 11:34AM

Bomba berjaya memindahkan 12 keluarga terjejas oleh banjir kilat. - Gambar ihsan Twitter Young Syefura Othman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyaksikan sekurang-kurangnya empat kampung dalam kawasan Janda Baik, dekat Bentong dilanda banjir kilat.

Antara kampung terjejas teruk dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu ialah Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap dan Kampung Chemperoh.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dibantu pasukan bomba sukarela (PBS) berjaya memindahkan 12 keluarga terjejas.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.37 pagi dan 19 pegawai dan anggota bersama tiga jentera ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Jarak antara lokasi kejadian pertama (Kampung Sum Sum) dengan balai terdekat ialah 39 kilometer dan kita mengambil sedikit masa untuk tiba berikutan keadaan jalan yang sempit.

“Bagaimanapun, kerja memindahkan semua mangsa berjaya dilakukan dalam masa singkat dan pasukan kita masih di sana bagi meneruskan pemantauan memandangkan keadaan cuaca masih kurang baik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan terdapat kejadian tanah runtuh di laluan masuk ke Kampung Janda Baik dan laluan antara Kampung Sum Sum dan Kampung Chemperoh.

“Laluan itu sudah ditutup untuk pengguna bagi kerja pembersihan lumpur dan serpihan batu,” katanya.

Sebuah jentera milik JBPM Pahang turut terkandas akibat lumpur tebal ketika dalam perjalanan menghala ke Kampung Chemperoh bagi memindahkan penduduk terjejas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman melalui akaun Twitter rasmi miliknya turut berkongsi insiden tersebut di kawasan berkenaan.

Beliau yang menerima maklumat mengenai  kejadian itu sekitar jam 5.30 pagi tadi, bergegas ke lokasi bagi menyaksikan sendiri kesan akibat banjir kilat itu dan meminta pandangan orang ramai mengenai penyelesaian jangka pendek bagi mengatasi masalah terbabit daripada terus berulang. - Getaran, 11 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam