web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengurusan 1MDB Mesyuarat Di London, Bincang Dana Tambahan RM1 Bilion - Saksi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 6:44PM

Najib Razak - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diadakan di London pada 16 Mei 2011 bagi membincangkan mengenai perjanjian pelaburan tambahan RM1 bilion, usaha sama 1MDB-PetroSaudi menerusi Perjanjian Pembiayaan Murabaha.

Bekas Setiausaha syarikat 1MDB Goh Gaik Kim, 54, yang turut menghadiri mesyuarat itu bersama Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail, Jasmine Loo Ai Swan dan Ashvin Jethanand, berkata rancangan untuk mengadakan mesyuarat di Hotel Hilton, London dibuat oleh pihak pengurusan 1MDB.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Wanita itu yang dirujuk dengan minit mesyuarat bertarikh 16 Mei 2011 berkata sebelum mesyuarat itu bermula Jasmine Loo yang merupakan peguam 1MDB, telah menyerahkan tiga set dokumen kepadanya untuk simpanan iaitu Resolusi Ahli Lembaga Pengarah, Resolusi Pemegang Saham Biasa dan Resolusi Pemegang Saham Keutamaan.

“Dokumen-dokumen ini adalah berkaitan dengan pelaburan tambahan RM1 bilion di bawah Perjanjian Pembiayaan Murabaha dengan 1MDB-PetroSaudi. Kesemua dokumen ini telah siap ditandatangani oleh semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dan Datuk Seri Najib. Bagaimanapun, perkara ini (dokumen tersebut) tidak dibincangkan semasa mesyuarat berkenaan,” katanya.

Di dalam mesyuarat tersebut, saksi berkata terdapat beberapa perkara penting yang dibincangkan termasuk pembentangan yang dibuat oleh Jasmine Loo mengenai Perjanjian Pembiayaan Murabaha.

Goh yang kini merupakan Setiausaha syarikat TRX City Sdn Bhd berkata pada keesokan hari selepas mesyuarat tersebut beliau pulang ke Malaysia.

“Saya ada menerima jadual lawatan tersebut. Seingat saya, terdapat beberapa events yang diadakan sebelum atau selepas mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, tetapi saya hanya menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sahaja,” kata Goh yang mula berkhidmat sebagai Setiausaha syarikat 1MDB pada 31 Mac 2011 sebelum berhenti pada 1 April 2016.

Pada prosiding 2019, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral memberitahu mahkamah bahawa pada 2011, Najib telah meluluskan dana tambahan RM1 bilion dalam perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad