web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Cukai: Najib, Nazifuddin Dapat Kebenaran Merayu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 3:28PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin boleh merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kes cukai tertunggak, masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Ini susulan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang membenarkan Najib dan Mohd Nazufuddin sebagai pemohon merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.

 “Adalah keputusan sebulat suara kami bahawa keperluan Seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 telah dipenuhi dari segi Lampiran 1 (Usul untuk kebenaran merayu)," kata Tengku Maimun yang bersidang bersama hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Seksyen 96 (a) dan (b) akta itu menyatakan bahawa kebenaran hanya akan diberikan oleh Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan dalam kausa sivil yang melibatkan soal prinsip am yang diputuskan buat kali pertama atau persoalan kepentingan yang menjadi hujah lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan adalah untuk faedah awam atau daripada apa-apa keputusan tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan termasuk kesahihan undang-undang bertulis yang berkaitan dengan peruntukan sedemikian.

Bekas Perdana Menteri dan anak lelakinya memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan terhadap penghakiman terus yang diperoleh LHDN untuk mendapatkan lebih RM1.7 bilion tunggakan cukai daripada mereka.

Dua Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi memperoleh semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun membenarkan permohonan mereka untuk menangguhkan perintah penghakiman terus itu sementara menunggu pendengaran permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes sivil, pihak litigasi mesti mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum mereka boleh meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib dan Nazifuddin berhujah bahawa tindakan LHDN itu berniat jahat dan jelas responden (LHDN) berusaha untuk memufliskan anak guamnya walaupun sebelum Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) boleh mendengar merit pembelaan mereka terhadap taksiran cukai tambahan yang dikemukakan terhadap mereka.

LHDN diwakili oleh Timbalan Peguamcara Hasil Dr Hazlina Hussain manakala peguam Anand Raj dari Badan Peguam Malaysia bertindak sebagai 'amicus curiae'  atau sahabat mahkamah.

Sementara itu, seorang lagi peguam Najib dan Mohd Nazifuddin, Wee Yeong Kang ketika dihubungi berkata mereka akan memfailkan notis rayuan secepat mungkin. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar