web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggunaan Katil Bukan Kritikal COVID-19 Menurun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 12:15PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan katil bukan kritikal COVID-19 pada minggu epidemiologi ke-18 mencatatkan penurunan sebanyak 21 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) juga menurun sebanyak 20 peratus bagi minggu sama.

“Penggunaan katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) juga menurun sebanyak 100 peratus.

“Data menunjukkan kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) juga menurun sebanyak 26 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 27 peratus.

“Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk juga menurun sebanyak 50 peratus.

“Daripada data minggu epidemiologi ke-18, jumlah pesakit kategori satu dan dua menurun, 50 peratus, manakala jumlah pesakit kategori tiga, empat dan lima juga menunjukkan angka penurunan 50 peratus,” katanya.

Katanya, bilangan kedatangan pesakit ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) menurun sebanyak 57.7 peratus.

“Sementara itu, bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 59.7 peratus dan bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital menurun sebanyak 44.3 peratus,” katanya.

Ketika ini, kes aktif COVID-19 adalah sebanyak 23,276 kes dan menjadikan keseluruhan kes di negara ini sebanyak 4,456,736 kes.

Daripada jumlah itu, bilangan kes sembuh adalah sebanyak 4,397,881 kes.

Angka keseluruhan kematian akibat COVID-19 di negara ini pula adalah sebanyak 35,579 kes dengan 7,533 kes berlalu di luar hospital atau brought-in-dead (BID). - Getaran, 9 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad