web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hasrat Memancing Bertukar Tragedi, Lelaki Ditemui Mati Terapung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 10:38AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang lelaki untuk memancing bersama rakannya bertukar tragedi apabila dia ditemui tidak bernyawa dalam keadaan terapung di Sungai Sempit, Kampung Orang Asli Batu 16 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Zainal Mohamed Mohamed berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditemui rakannya kira-kira jam 9 pagi.

Menurut beliau, mangsa yang bekerja sebagai pendawai elektrik dipercayai pergi ke kawasan tersebut untuk memancing sekitar jam 8 pagi bersama rakannya.

“Rakannya sedang memancing di hulu sungai, manakala mangsa berada di bahagian hilir Sungai Sempit, berhampiran Lubuk Jepun, sebelum didapati hilang sekitar jam 9 pagi.

“Rakannya mudik ke hilir untuk mencari mangsa sekitar jam 9 pagi dan memanggil nama pendawai elektrik itu tetapi tidak menerima sebarang reaksi,” katanya hari ini.

Zainal berkata, lelaki berkenaan kemudian menjadi panik apabila menemui rakannya dalam keadaan terapung.

“Dia pada mulanya beranggapan rakannya itu sedang menyelam kerana keadaan muka yang berada di dalam air.

“Namun rakan mangsa bertindak terjun ke dalam sungai selepas menyedari sesuatu yang buruk telah berlaku apabila mangsa tidak memberikan sebarang reaksi ketika namanya dipanggil berulang kali,” katanya.

Zainal memberitahu, rakan mangsa menghubungi talian kecemasan MERS 999 sekitar jam 10.10 pagi untuk meminta bantuan apabila mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan dijalankan.

Katanya, laporan pemeriksaan awal fizikal pada badan mangsa mendapati, terdapat kesan lebam pada dahi sebelah kiri namun tiada kecederaan lain.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Heirme Che Mat di talian 014-2389151 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222,” jelasnya. - Getaran, 9 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Wanita Ditemukan Dalam Rumah, Polis Klasifikasi Sebagai Mati Mengejut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad