web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Potong Barisan, Pandu Lebih Had Laju Antara Kesalahan Tertinggi Di Johor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 7:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Memotong barisan dan memandu kenderaan melebihi had kelajuan merupakan antara kesalahan tertinggi yang direkodkan di Johor sepanjang sembilan hari Op Selamat dijalankan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Khairul Azhar Ismail berkata sebanyak 23,434 saman bagi kesalahan memandu melebihi had kelajuan dan 1,432 saman kerana memotong barisan telah dikeluarkan setakat Sabtu.

Beliau berkata sebanyak 677 saman turut dikeluarkan bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat dan 307 saman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

“Bagi kesalahan memotong di garisan putih berkembar, sebanyak 304 saman dikeluarkan manakala bagi kesalahan menggunakan lorong kecemasan pula hanya lima saman dikeluarkan setakat ini.

“Kesemua saman dikeluarkan sejak Op Selamat dimulakan dari 29 April hingga semalam dan akan ada statistik keseluruhan setelah Op Selamat tamat pada hari ini,” katanya kepada pemberita di Plaza Tol Skudai, semalam.

Khairul Azhar juga berkata sebanyak 2,110 kes kemalangan direkodkan di Johor dengan 18 daripadanya merupakan kemalangan maut.

“Daripada 18 kes itu, 14 melibatkan penunggang motosikal manakala empat lagi pemandu dan penumpang kereta.

“Terdapat juga 21 kes melibatkan kecederaan parah dan 26 kes cedera ringan serta 2,045 kes bagi kerosakan kenderaan,” katanya sambil menambah kebanyakan kemalangan berlaku di kawasan jalan raya antara daerah.

Beliau berkata aliran trafik semalam dilihat masih terkawal dan hanya beberapa kawasan mengalami aliran trafik perlahan.

Terdahulu, Tinjauan Bernama mendapati aliran trafik di beberapa lebuh raya setakat petang semalam tidak sesak dan lancar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad